Showing posts with label #random. Show all posts
Showing posts with label #random. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

#Throwback Masa Aku Form 1

Hai assalamualaikum,

Mengenangkan adik Ina, Danish nak melangkah masuk ke alam sekolah menengah membuatkan Ina ingat masa zaman Ina form 1 dulu. Setiap orang ada kisah pahit manis masa first time melangkah masuk ke alam sekolah menengah. So, Ina saje nak #throwback masa Ina Form 1 dulu.

1. Abang senior kacak

Dulu sebelum masuk sekolah menengah mesti dalam otak dah set abang-abang senior mesti muka cute, hensem, serta kacak dan bijak. Jangan tipu kalau korang tak berangan nak membina rumah tangga sejak daripada zaman persekolahan.

Kononnya, nak jadi sepasang kekasih daripada sekolah menengah, sehingga ke jinjang pelamin, menimang anak & cucu bersama dan cinta berkekalan hingga ke akhir hayat. Dalam sedar tak sedar, kau akan dapati kau dah form 5 dan jodoh kau bukan di sekolah menengah, jadi kau akan terus mengorak langkah ke zaman universiti dengan harapan yang sama.

2. Abang lorong

Abam lorong: Piwwwwwwitttttttttttttttttttttttttt!! 
Abam lorong 2: Nak g ane tuu. Meh abang temankan. 
Abam lorong 3: Woi ko tak yah usik, ni aku punya
Abam lorong 3: Woi asal pulak? Tadi aku yang panggil dia

Jangan layan sebab diyorang ni biasanya penjenayah sekolah

Bila jadi adik junior kat sekolah, percayalah kau akan jadi stock paling latest baru keluar daripada kilang. So, mana-mana kau pergi, kau akan diganggu oleh sekumpulan makhluk perosak yang berperangai annoying konon nak tunjuk dia hero sekolah.

Lantas, bila kau lalu, dia akan meminta nombor telefon kau. Percayalah, jangan percaya kepada kata-kata manisnya kerana semuanya ibarat air longkang yang busuk yang disirami dengan tahi kucing.

TIPS: Abang lorong biasanya didapati bukan berseorangan, tapi berkumpulan. Berperangai aneh, pelik dan misteri. Berkeliaran di sekitar sekolah. Duk melepak time orang tengah belajar

3. Cikgu

Tak dapat dinafikan, pada pendapat Ina, cikgu sekolah menengah lebih baik daripada cikgu sekolah rendah. *kecuali ada beberapa cikgu yang dia memang garang sejak azali

 Masa sekolah rendah, cikgu akan suruh pengawas kawasan untuk pastikan kasut kau digilap bersih atau kau akan terima padahnya. So, pengawas kawasan dah ready nak berkas kau kalau dia dapati kasut kau lebih mendung daripada yang lain. Lepas dia tahan kau umpama banduan, dan cikgu dapati asyik muka kau yang ada dalam list tak basuh kasut, nahas.

Percayalah, bila kau masuk ke alam sekolah menengah, tiada siapa yang akan kesah akan kasut kau yang busuk serta dihurung dengan lalat. Kecuali kawan perfectionist kau yang akan menasihati ;

"Sabrina, basuhlah kasut. Cuba tengok EHEM" kata mr perfect 10 kepada Ina dan Ina terseyum sambil menahan rasa sakit di dada. 

Kalau kau yang jenis makan saman, kau akan turuti permintaannya. Kalau tak, bersemadilah dengan kasut suci yang menjadi kebanggaan kau.

4. Kadar peningkatan jenayah dalam diri meningkat

Malangnya, bila masuk sekolah menengah, orang yang siap homework dalam kelas biasanya tinggal 2,3 orang. Lebih malang sekali, sebab kau adalah salah seorang yang tak siap homework tu. Konon, living hipster lifestyle dengan tak menyiapkan kerja sekolah. Yang termalang bila kau tak siapkan homework cikgu garang dan kau dapati cikgu tu sihat walafiat, jadi kebarangkalian untuk dia tidak hadir umpama 0 per seratus.

Jadi, dengan menggunakan kudrat yang kau ada, kau akan berusaha untuk meniru homework kawan kau walaupun kau ada di selatan, dan dia berada jauh di utara. Even cikgu tengah cakap pun kau masih boleh cuba untuk menulis di bawah meja dan cuba sepenuh super power kau untuk menghabiskan kata-kata terakhir.

Dari situ, kau akan tahu bakat terpendam kau iaitu berkebolehan untuk menulis tanpa melihat. Haaaa

So, itu je serba sedikit cerita Ina time Ina form 1. Lol, sebenarnya ada banyak lagi, tapi kalau list semua haa tak ke nak tercabut jejariku untuk menulis. Kepada adik darjah 6 yang dah nak masuk form 1, anda tidak digalakkan untuk mengikut jejak langkah tak sihat seperti di atas.

Yang penting bila masuk alam sekolah menengah ni, kalau boleh sucikan diri dengan pengaruh cinta & kawan (cehh dulu ina pun bercinta) sebab keduanya-duanya bagi pengaruh yang besar dalam hidup dalam bergelar pelajar sekolah menengah.

Sekolah menengah ni, best memang best. Tapi hidup takkan selamanya best. Contohnya, bila dapat result teruk, kawan talam muka, kekasih curang, kawan tak nak kawan dengan kita, tak siap homework dan lain-lain.

Life must go on. If everyone makes your life dark, put your own shine and rainbow in your life. Do not collapse, because they will smile big. Stand up with your legs and walk like nothing happen. Be the happiest person.

Bye, assalamualaikum. 

Saturday, 11 July 2015

Sebabakusabrina Masuk Berita Harian!

Hai assalamualaikum,

Entry ni patutnya dipublishkan bulan Januari yang lepas. Terima kasih tak terhingga kepada tuan blog sebab rajin sangat, dan alhamdulillah 5 bulan dah berlalu.

Alhamdulillah, syukur sangat2, akhirnya selepas kira-kira 2 tahun blogging, blog Ina terpilih untuk masuk Berita Harian *kesat air mata. Sejujurnya, masa zaman newbie dulu, time Ina tengah adore Kak Lyssa Faizureen, rasa terliur pulak sebab jeles tengok Kak Lyssa masuk majalah macam2. Ina pun ambil keputusan dengan menelan air liur, & jadikan semua ni angan2.

Tak sangka, setelah lama menanti, sampai cita-cita ni Ina dah nak lupa dah, tiba-tiba jeng jeng jeng! Kak Nisa pm Ina... Terima kasih kak!!.. Masa tu, feeling dia, masyaallah rasa nak lompat, jogging, buat marathon keliling rumah! & betul lah, Ina melompat pusing keliling rumah. Bila dah reda, baru Ina reply mesej Kak Nisa sambil berjoget-joget depan laptop.

Tu cerita sebelum masuk paper.

Lepas masuk paper, ummi masukkan kepingan akhbar tu dalam whatsapp group. Paling seram sekali, bila sedara Ina cerita, pak cik Ina siap kata "apa benda yang budak sabrina tu tulis dalam blog? cuba tengok sikit". Gila kau. Pak cik aku nak tengok blog! Seram tak seram.


Okay, tajuk dia memang Ina tak sangka, hahaha. Rasa tak percaya pulak Ina ada cakap macam tu :p 

Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita Ina. Lepas ni, nak kumpul duit nuffnang pula, insyaallah. Teringin juga nak dapat cek nuffnang. Dah terliur tengok orang. Tu yg sekarang gigih blogwalking ni. 

Doakan Ina ;) 

p/s: Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Ina & yang selalu bagi sokongan kepada Ina sepanjang Ina dalam dunia blogging ♥

Bye, assalamualaikum.

Friday, 22 May 2015

Masalah First Day Sekolah

Hai assalamualaikum,


Sedih bila status 'budak sekolah' masih kekal dalam diri Ina. Untuk sedapkan hati, Ina selalu kata dalam hati "Tak pe, tinggal lagi setahun je. Lepas tu, aku dah tak yah pergi sekolah dah. Hahahahaha". Lepastu, rasa sedih balik sebab baki cuti tinggal 2 hari je lagi. Rasa macam sekolah tengah melambai-lambaikan tangan ke arah Ina. Uisy, seram.

Sekarang ni, bila teringat je sekolah, Ina mesti akan teringat masalah first day sekolah yang Ina selalu alami. Sedih nak recall balik. Tapi, tak pe lah. Nak kongsi juga.

1. Jadual & Buku

Kebiasaannya, jadual waktu kelas cikgu belum bagi lagi masa hari pertama sekolah. Jadi, timbullah rasa kekeliruan nak bawa buku apa. Logik ke kalau nak bawa semua buku? Buku teks? Buku tulis lagi. Logik tak?

So, adalah permulaan satu tahun yang agak malang untuk Ina yang Ina ingat sampai hari ni.

Cikgu: Okay, keluarkan buku Pendidikan Islam
Ina: Saya tak bawak buku, cikgu
Cikgu: Awak tinggalkan buku dekat rumah nak kasi siapa baca?
Ina: Tapi hari ni first day sekolah kot cikgu *dalam hati lah 

Alhamdulillah, pergelutan tu berakhir dengan Ina pinjam buku kawan Ina. Tapi, rasa sedih gila kot dalam hati ni kena marah time first day sekolah T-T

2. Cikgu Baik Vs Cikgu Garang

Kalau dapat cikgu baik, memang rasa bersyukur ke hadrat Ilahi sangat-sangat. Tapi, keburukannya, perangai kau akan berubah ke arah yang tak sepatutnya seperti ada syaitan yang bertenggek atas badan kau membisik kata-kata yang boleh menghasut kau supaya tak siap kerja rumah. 

Kalau dapat cikgu garang, masyaallah. Bila kau tak siap kerja rumah atau tak bawa buku, kau akan rasa peluh mengalir pada badan kau. Masa tu lah kau jadi malaikat buat baik kat semua orang & tak berhenti berdoa supaya cikgu tu tak kasi denda duduk luar kelas. Kalau cikgu tu tak datang, confirm kau orang pertama yang duk melompat macam kangaroo & teriak sana-sini macam orang tak betul. 

3. Budak Baru

Mesti dalam kelas ada spesies yang gatai miang-miang kucing tak boleh nampak ada budak baru dia rasa gelisah tak menentu je kan. Masa tu mata masing-masing duk toleh kanan toleh kiri, tengok line clear ke tak. Kalau line clear, ngap! Habislah budak baru tu hahahahaha. 

Kalau pelajar lelaki muka macam Izzue Islam yg masuk; 

Ropeah: Haaa aku cop dia!
Bedah: Dia pakwe aku! 

Mulalah pergaduhan rebut-merebut kata budak baru tu dia yang punya

Kalau pelajar perempuan muka macam Neelofa yang masuk;

Kassim: Nama siapa?
Duduk mana?
Wechat ada?
Facebook? 
Jom lah berkenalan mengeratkan ukhwah

Mengeratkan ukhwah lah sangat.

Tapi, kalau dapat jenis yang tak melayan, mulalah kata "Sombong lah", "Jual mahal lah tu".


Ina berdoa sangat permulaan sekolah tahun ni bermula dengan lancar & jadi tahun yang terbaik sekali untuk Ina bergelar sebagai pelajar tingkatan 4. Mungkin entry ni, entry terakhir sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin je ye, mungkin. Yang penting, sekarang ni, dah nak spm. Kena struggle betul-betul. 

Doakan yang terbaik untuk Ina ♥♥ 

Selamat kembali ke sekolah!

Budak gila cakap bye banyak kali:p
Bye, assalamualaikum.

Wednesday, 31 December 2014

Percutian Paling Pelik

Hai assalamualaikum,

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik Ina ke Pahang berjalan dengan lancar & selamat. Nasib tak de banjir teruk masa pergi dan balik. Kalau tak, Ina belum ada kat sini lagi.  Pengalaman dekat Pahang memang best sangat, bila dapat berkumpul dengan sedara-mara, jiran tetangga. Tapi satu je, Ina demam teruk kat sana. T-T

"Orang sibuk bersuka ria awak sibuk demam." -Wan

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ni, Ina demam ni pun, ada hikmahnya tau"-Abg Lang. 

Apa-apa pun, percutian ke Pahang memang Ina akan ingat sampai bila-bila. Dengan keadaan Ina yang sarat demam macam nak pengsan, hingus duk tak habis meleleh, tekak punya lah pedih sampai nak telan sebutir nasi pun rasa nak nangis. Demam yang paling teruk dalam hidup Ina.

Hari pertama pelik. 
Berkumpul di rumah Pak Teh. Paling sedih sebab dengan keadaan Ina yang tak bermaya masa tu, nak pulak air cond dalam kereta lepastu terpaksa pulak menempuh hujan sepanjang perjalanan.


Hari Kedua Pelik
Yeay! Ini lah tujuan sebenar Ina pergi Pahang. Abang Long Ina kahwin aka Abang Farhan. Tahniah Abg Long & Kak Hamira! ♥♥ 



Hari Kedua Pelik (tengahari) Paling Penat & Best
Ni part paling best! Cuba teka kitorang pergi mana?!!!! Kitorang pergi Bukit Gambang Resort City!! Ini merupakan kali pertama kaki Ina jejak kat sini & wowowowwww memang kagum gila dengan tempat ni. Ada banyak tempat menarik dekat sini, antaranya Safari Park & Water  Park. 

Disebabkan masa yang suntuk, kitorang cuma melawat Safari Park je. "SAFARI PARK JE". Dengar je, "JE" Tapi!!!! Masyaallah punya lah penat tahap kaki nak tercabut dua. Bayangkan lah, punya penat berjalan sampai demam Ina pun hilang! 

Price; 
Kanak-kanak: RM28
Dewasa: RM38 (kalau tak silap)

Antara haiwan menarik;
White Lion King, Malayan Tiger, Kangaro,  dan lain-lain

 
Yeay! Dalam tram

 
Selamat Datang ke Taman Burung !



Muka macho, hensem tapi siapa tahu, dia takut dengan burung. 

4 orang secret admirer kat kerbau

4 orang suka unta

Unta comel

 Saya pencinta burung. Burung pun cinta akan saya hehehe
Bahagiaaaa


Hari Ketiga Paling Pelik
Hari sepatutnya kitorang semua balik. Tapi tiba-tiba dapat surat cinta daripada pihak hotel yang mengatakan semua jalan di Pahang ditutup. Sedih gila masa tu sebab kena lah menahan diri kat sana lagi sehari tanpa arah tujuan.

Hari yang dipenuhi dengan kemalasan kuasa penuh bersama air liur basi sebaldi. 

Zombi zombi yang bertempiaran

 Hehe ni ingat lagi tak dengan budak tiga orang yang tak mandi haritu.

Gambar paling bajet sekali dekat tangga

Hari Keempat Paling Pelik
Yihhhhhhaaaa hari ni balik. Tak tergambar betapa gembiranya masa tu sebab boleh balik. Dah rindu rumah dah ni sebenarnya T-T 

Disebabkan nak elakkan diri daripada bertembung dengan banjir, terpaksa lah kitorang bangun selepas solat subuh dan terus berangkat. Pagi tu pulak hujan. Haih sejuk sangat. 

Byeeee!!!! 

Masa balik, dapat whatsapp daripada family kitorang yang lain, jambatan yang kitorang lalu masa otw Pahang, dah banjir. Ya Allah, sekejap je. 


Alhamdulillah, selesai dah percutian paling pelik yang pernah Ina alami. Sebab tu lah, percutian ni jadi percutian paling pelik. Walaupun banyak lah dugaannya satu persatu yg kena tempuh, tapi, dapat lah se- lori kegembiraan & senyuman yang dapat Ina bawa balik sebagai memori masam manis 2014. 

Nah sekeping gambar kenangan hehehehe muka demam ni.





Bye, assalamualaikum.
p/s : Pray For Mangsa Banjir

Thursday, 18 December 2014

Soalan Makcik Pakcik Lepas Aku Dapat Result

Hai assalamualaikum,

Seperti yang korang semua tahu, (kalau tak tahu, meh sini, Ina bagi tahu) 22/12 nanti, iaitu lebih kurang 3 hari daripada sekarang, pelajar tingkatan 3 akan dapat keputusan pt3. Yihhhaa!!! Okay. Berita buruknya, Ina salah seorang daripada mereka.

So, hari ni, tak nak lah cerita berdebaq jantung tu macam mana, jantung nak tercabut ke, menggigil ke. Benda tu memang typical kan kalau nak ambil result. Sekarang, benda yang Ina nak cerita, benda typical jugak. Cuma lain sikit. Soalan Pakcik Makcik Lepas Ina Dapat Result.

Berdasarkan pengalaman UPSR, soalan femes fofular dan cipumas lepas dapat result;

1) Dapat berapa A ?

* baru je jejak kaki masuk ke rumah lepas balik sekolah ambil result *
* Teng tereng tet -bunyi phone *
Makcik : Ha, Kiah. Anak kau dapat berapa A? 
Kiah : Anak aku dapat __ je. 
Makcik: Oh okay lah tu. Anak aku pulak dapat straight A. Hm suruh lah anak kau study hard sikit baru boleh jadi macam anak aku. Bijak lagi sana. 
Kiah : -Tettt-
Makcik: Hello, kiah. Hello?? 

Padan muka makcik ni. 

Bukan setakat dalam phone je. Kalau korang tengah ada event keluarga ke apa, asal ada muka kau je, dapat berapa A? Asal ada muka kau je, dapat berapa A. Terasa seolah kat dahi kau ada tampal 'SAYA LAH PT3 CANDIDATE. TANYALAH SAYA DAPAT BERAPA A'

Sedih? sedih. 

2) Tak Mohon Sbp? Mrsm ke? 

Dulu cita-cita memang nak jadi student sbp atau mrsm. So, adalah pakcik ni. Dia tanya Ina. 

Pakcik : Darjah berapa dik?
Ina : Darjah 6.
Pakcik : Lahh ambil UPSR rupanya kau ye. 
Ina : Ye, pakcik. 
Pakcik : Dapat berapa A?
Ina : 5A *sengih lagak kerang busuk
Pakcik : Tak minta mana-mana ke?
Ina : Ada. Saya minta sms banting
Pakcik : Lahhh ada mintak situ. Pakcik ni duduk dekat Raub, Pahang. Kenapa tak mintak kat situ? Kat sana, pemandangan memang best. Kalau kau sekolah sana, boleh lah balik rumah pakcik, duduk sana. 
Ina : Hehe, ye ke pakcik. Dah hantar dah permohonan.
Pakcik : Rugi nak, rugi. 
*pakcik tu pun teruskan lah kelebihan bersekolah di Pahang sana* 

Pakcik, pakcik. Bukan nak kata apa. Saya ni tinggal dekat Selangor. Pakcik ajak saya sekolah dekat Pahang nunn jauh sana. Saya terharu pakcik ajak saya tinggal rumah pakcik. Terima kasih. Tapi masalahnya, saya baru kenal pakcik 5 minit, pakcik dah suruh saya tumpang rumah pak cik. T-T

3) Amik aliran apa? 

Belum dapat result lagi, tapi dah ada beberapa makhluk dah tanya soalan ni. 

Aliran Sains Tulen
Kassim: Eh, kau tahun depan form 4 kan?
Ina: Haah. 
Kassim: Kau nak ambil aliran apa? 
Ina: Insyaallah Sains Tulen.
Kassim: Kau sure? Sains Tulen tu susah gila tahap gaban. Lepastu ada kawan aku yang ambil, ada yang kata tak boleh bawak time exam. Kusut je kepala. Kau boleh ke bawak Sains Tulen? Boleh ke? Booooooleh kekekekekeke?

Prinsip Akaun 




APAK
(Asuhan Kanak-kanak)

So, conclusion dia, setiap aliran ke apa, ada cabaran dia. Tak kira lah, Sains Tulen ke, Prinsip Akaun ke. Ina ada dengar advice akak ni, akak tu kata "Yang penting ambil aliran yang kita betul-betul minat. Jangan ikut kawan. (Ikut kawan, binasa jadinya.) Kalau boleh, prepare dari form 4".

Kepada semua batch 99,
Semoga kita semua dapat result yang baik. Aminn.

Bye, assalamualaikum ;) 
-cerita atas ni ada yg reka, ada yang benar-okbyeyeye

p/s: nak mintak tolong komen dekat entry
Giveaway Kusarah ^^ Thank you ;)