Wednesday, 22 March 2017

Ina's SPM Result

draft from17March2017
updated 22March2017
author pemalas
tak tahu la kenapa bila dalam dewan semua org betukar jadi kelabu
ke aku yang kelabu
the power of smktpg's dewan


Hai assalamualaikum,

Semalam semua riuh dekat laman sosial daripada facebook, twitter & instagram, bahawa semalam hari keramat untuk batch 99 yang menduduki spm pada tahun 2016 untuk mengambil keputusan. Guess what? I am one of them.

So, cikgu duk pesan awal-awal suruh datang pukul 10 pagi & pakai baju kurung @ jubah. Disebabkan aku bukan lah cendekiawan berjaya yang selalu score time exam, so aku punya relax tahap 1cm/j plus aku demam teruk gila weh, malam tu aku meracau tah merapu apa cakap sorang2.

Aku punya relax menyebabkan aku gerak dari rumah dalam pukul 10.40 pagi. Gentle ah kan? Asal nak pergi awal2 hahhahah. So masa lagi 5 minit untuk jejakkan diri kat sekolah,, kawan aku shida baharim call.

shida: "woi sab, kau kat mana do" (sakit telinga aku time tu. nasib tak pekak, dia punya high-pitched tu aku kasi 5 bintang)
aku: aku kat depan 99 lah. asal?
shida: kau dapat straight A lah sabbb! Apani kau kata masa depan kelam
aku: wehhh kau tak tipu kan? Kau prank aku ke ni! Tak yah lah memain
shida: sabb kau sorang je yg dpt straught A! 
aku: wehh tipu! (time tu air mata aku peh gila mencurah). kau dapat berapa?
shida: dah lah aku malas layan kau 
dia end call time tu jgk, bertuah punya kawan

Feeling aku time tu dalam kete, jangan cakap ah. Sebab aku kabut gila, dia ni tipu aku ke apa. Masa sampai depan dewan, walid pulak call.

walid: mana awak ni
aku: kitorang dah depan dewan
walid: awak sorang dpt straight A sabrina
aku: Ya Allah! Ye ke (betullah shida tak tipu)

Masa aku nak masuk kat dewan, peh aku tunduk je. Segan weh datang lambat. Ada jugak yg kata tahniah. Padahal aku tak tengok lagi result aku apa. Bila masuk dewan, fuhhh gila weh orang ramai macam tin sardin. Aku terus jumpa teacher kat depan pentas & then she said:

teacher: well done, sabrina. you got A for english. (teacher nangis)
aku: thank you teacher for teaching me. thank you so much (aku lagi nangis)
seriously, aku peluk teacher dalam 2 minit. 

Bila sampai kaunter ambil result, ramai budak2 kelas aku yang cakap "wehhhh tahniah sab!!". Terharu gila. Ada gak yang kata tak nak kawan aku lepas ni. So, kitorang berbalas tumbukan. 
Masa isi borang tu, aku shaking gila. Tak tahu lah nervous sbb dah lama tak tulis atau sebab terkezutss. 


Cikgu hulur slip aku & cakap tahniah. Bila aku tengok, ya Allah, serious lah ni result aku weh :'( Biology yang aku duk menyumpah dapat B, dapat A-, alhamdulillah. Then, aku terserempak dengan cikgu tuition add mt aku, cikgu adiff. 

aku: cikgu adifffff!!! (excited gila weh) 
cikgu: haaa kamu (cikgu mcm x de perasaan je)
*cikgu pegang slip aku*
cikgu: cikgu dah agak awak dpt add mt A- (masatu cikgu tak tgk slip aku)
*lepas dah tengok aku dpt add mt A*
cikgu: kamu ambil asasi ni
aku: insyaallah, cikgu. terima kasih sbb banyak ajar saya (crying emoji)

Pasal kawan-kawan pulak, haziq tiba2 nak hantar rombongan merisik aku. Dia tak tahu ke aku sah-sah dah reject dia hahhahaha. Ramai lah yang cakap tahniah kat instagram. Daripada kawan lamaaaaa yang kau dah bertahun-tahun tak tegur, tiba-tiba tegur. Daripada kawan yang tak pernah puji kau, tiba-tiba puji. 

Bila balik rumah, bersilih ganti orang call orang tanya result aku, fuh. Aku ucaplah terima kasih especially dekat keluarga pak cik aku, amiuteh yg selalu tolong, support bagi semangat kat aku. Anak amiuteh dpt add mt A+, tapi aku mampu dpt A je.

Alhamdulillah. Everything was just a miracle yesterday. Bila aku bangun pagi ni, aku rasa "Lahaii aku dah ambik result spm rupanya"

Tapi, sebelum tu aku nak cerita, seriously I am not the most brilliant student in my school. I never get straight A's on ub1, ppt or even trial. Trial, I only got 7A's. Except, once when I was form 4, I was one of top 10 student, then masuk form 5, dah kelaut. Normally, top 20 lah, (ikut yang trial punya). 

I was known as "budak yg selalu tak masuk kelas". I skipped classes for 3 month when I was form 4, teachers threw hatred on me. Those people yang selalu ikuti flow aku tahu aku terlibat dgn aktiviti koko.

Orang selalu kata aku lagi pentingkan koko drpd pelajaran. Guys, i am not. I know how to distinguish yang mana perlu kita buat, benda tu sangat penting dan yang mana kita perlu buat untuk kita rasa enjoy. Dapat tak? Sebab tu aku macam tak berapa setuju bila parents adik-adik kawad aku cakap masuk koko boleh menjejaskan pelajaran. Aku ada sorang adik junior ni, lepas dia tak masuk kawad, dia hilang arah tuju tah ke mana. Ape cite? Yang tak leh bla, behind the scene, DIA NAK JAGA KULIT SEBAB MAKWE DIA MARAH huheheheuue. 

Lepas dapat result ni, aku punya insecurity level dia naik 110% weh. Bila aku tengok dunia, ramai lagi yang dapat straight A's. Aku rasa kerdil gila. Yang aku paling takut, expectation orang terhadap aku. Aku student yang gila extra plus ordinary XXXL. Haa nampak tak dia punya biasa tu. Bila fikir, ramai lagi weh manusia daripada sbp & mrsm, peh gila. Tengok budak sekolah aku, cukup lah. English dia berasap berkepuk-kepuk beb. So, aku memang yakin ni semua rezeki daripada Allah, tak lain tak bukan.

Aku paling bengang bila orang kata "Kak Sab boleh lah, Kak Sab pandai". Haaa aku pantang betul. Seriously, ramaaaaaiiii lagi yang pandai daripada aku dalam sekolah. Ni semua hardwork aku, hari-hari stay dekat library, buku latihan tebal dia campur 5 bijik buku teks, Ni jadual harian aku:

Awal pagi (lepas solat subuh): Belajar
9.00 pagi: Kemas rumah
12.00 tengah hari : Belajar lagi
5.00 petang : Break sebab asar (tak elok belajar time lepas asar kan, so masani aku makan & tengok tv, chill2)
8.00 malam: Belajar sampai rasa nak tidur

Bila tengok balik, macam mana life aku time nak spm, aku macam "wowwww kau robot ke apa ni sabrina". Aku ada jadual belajar aku sendiri, and aku gila stick dengan jadual belajar tu.

Alhamdulillah, semua usaha aku & family aku berbaloi ;'( terlampau banyak benda yang aku lalui rupanya fuh. Aku rasa macam nak peluk semua orang yang masih stay dalam hidup aku. Seriously, dalam keadaan ni, ramai orang merapu & fake yang datang dalam hidup aku. So, here an appreciation for those who stay.

-appreciation-

family
apa-apa pun yang jadi kat diri aku ni, dari dulu sampai sekarang, family aku orang yang akan terima aku seadanya. masa aku nak spm, benda yang buat aku terharu, ummi walid & adik2 buatkan solat hajat. Ya Allah :'( wan aku kat rumah yang tak berhenti doakan segala jenis doa untuk cucu-cucu dia, sebab bukan aku sorang yang amik spm kan. so, untuk my big family, dauds' crew yang selalu support ina. tak lupa jugak keturunan hassan & maryam. terima kasih. 

kawan
aku ada ramai kawan. tapi tak semua kawan aku rapat. so, here we go!
ija: tablemate setia aku untuk 5 tahun. baik buruk aku semua dia pegang hahhaha serious. dia ni gila setia tak pernah curang cari tablemate lain. bila dah habis sekolah macam ni, aku sedih gila sebab aku tahu susah nak cari soulmate macam dia & best listener aku pulak tu. sorry tak de gambar time haritu. 

haziq: aku ada ramai kawan nama haziq. tapi nak kenal haziq ni senang je, dia yang paling bebal sekali hahhaha. soulmate aku jugak, the only guy friend yang aku gila selesa ah. dia ni aku dah reject berapa banyak kali dah, tapi tetap tak putus asa hahahhaha. mana ada, whatever happens, you are my best bro forever! the best part about haziq, bila aku alone kat library, call je dia, mesti 15 minit terus sampai. thank you weh selalu teman aku :'( btw kepada isteri2 Haziq, dia ni kedekut tahap hidung masin! Aku bg ayat power pun dia still tak belanja aku goreng pisang.


thesotongs: ahli2 organisasi pertubuhan ni ada shida baharim, ji, chokiyo & tiqa. so 5 orang lah kan termasuk aku. haa yg baju oren tu bapak orang ye. Tiqa tak dapat datang. terima kasih guys for everything. aku benci kawan rapat dengan orang perempuan ni sebab biasanya penuh dengan busuk hati & dengki. so, specialnya korang kat situ, setakat ni aku nampak korang tak de benda tu semua. perangai pun terencat jugak macam aku. 

cikgu
ramai cikgu yang pernah ajar aku sebenarnya. so, aku nak cakap terima kasih dekat cikgu izyan sebab ajar saya fizik & explain kat saya sampai yang gelap jadi terang, cikgu azairani yang selalu bagi kepercayaan dekat saya & bagi cekelat2 yang saya suka, teacher norimah sebab teacher yang bagi saya confidence untuk tulis essay dengan feeling, cikgu arniza pernah cakap "ni bukan sabrina" masa saya dapat a sejarah masa trial, hasilnya saya dah dapat a+ ghehhehe ni sabrina tak? cikgu halini sebab selalu sabar ajar saya kalau saya tak faham something tu, ustazah aini sebab selalu bagi saya kata semangat & percaya dekat saya, cikgu rita yang sempoi gila & selalu gosip2 dengan kitorang, cikgu rosmawatiii yang banyak sabar dengan saya sebab kalau cikgu perasan kadang2 saya selalu tidur dalam kelas sebab tak tahu lah biology ni cikgu, dia macam bedtime story huhuhu, cikgu arifah yang saya rasa pehh gila ah cikgu kelakar gila, saya adore dengan cikguuu, sebab cikgu saya suka kimiaaa! terima kasih cikguuu!! 

terima kasih cikgu tuisyen saya, cikgu adiff. cikgu daripada mula-mula saya datang belajar kat kelas cikgu, saya ingat lagi, saya dapat gagal. tu la first time saya gagal dlm pelajaran. cikgu yang sabar ajar saya sampai sehari sebelum spm cikgu still menghadap saya sampai saya dah dapat add mt A. haih sedih pulak bila ingat balik hahhaha.

cikgu norliah, terima kasih sebab cikgu orang pertama yang nampak saya & appreciate kebolehan saya daripada saya form4 lagi :'( terima kasih cikgu sebab pilih saya jadi tokoh pelajar. saya sedih sebab cikgu dah tak de kat sini lagi. 

to the boys that i have loved before & people who left me
thank you.

my junior ♥ 

with behhh. the only one my chinese guy friend. 
dia ni suka sangat buli aku, nnt tersuka aku baru tahu. 

a little celebration for me from my family ♥

This is probably my last entry for this blog (?) I dont think that I will blog again. Whoever wants to ask me, just drop down your comment below or you can message me personally. I am super free to answer :)

Thursday, 9 February 2017

Dapur Terbakar

Google's ( Ina tak sempat berselfie time dapur terbakar)

Hai assalamualaikum,

Alkisahnya Ina merupakan seorang ex pelajar sekolah menengah yang dulunya menduduki SPM. Hari-harinya diisi penuh dengan berada di dalam bilik. Jika dia lapar, dia akan pergi ke dapur. Dia akan keluar untuk kemas rumah sahaja. Begitulah kehidupan biasanya.

Sehinggalah......................................

Ehem, okay here is Ina, who just come back to a normal person.

Lepas SPM ni, Ummi berhajat untuk mentransformasikan Ina daripada seseorang yang tak sebegitu cukup sifat keperempuanannya kepada seseorang yang cukup sifat sebagai gadis melayu terakhir. Tinggi betul harapan Ummi dekat Ina, tu lah masalahnya.

Jadi, lepas SPM ni, kerja Ina kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, semua kerja rumah lah, rasanya dah macam jadi pembantu rumah pun ada :') Sampai lah dengan memasak sekali Ina yang buat. Semua orang kat rumah panggil Ina orang dapur (benci gila).

Dulu kerja Ina memang belajar je. SPM katakan. Errr. So, selepas setahun tak menjengah ke dapur, bila Ina pergi dapur, adik Ina akan cakap ;

" Woiiiii tengok semua!! Kak Long pegang blender!!! "

" Lihatlah dunia!! Kak Long sedang memasak! "

" Ni Kak Long ke, hantu jelmaan dia?! "

Ya Allah, selamatkan lah aku daripada adik2 yang pelik ni

Nak dijadikan cerita, suatu hari yang sunyi buat insan yang bernama Ina, bertukar menjadi kacau bilau! Ina tengah panaskan minyak. Buat sementara waktu, Ina pergi lah potong bawang merah, & seangkatan dengannya. 

Tup tup bila Ina pandang dapur, api dah naik sampai siling rumah! Ina pun panggil lah Danish. Paling best sekali bila tengok dia tengah pakai earphone! Ina pun berhuhuhuhu je lah. 

Ina mampu menangis je masatu. Dalam kepala fikir kalau rumah terbakar ni, mati aku kena marah ummi & walid. Lepas ni, nak tinggal kat mana? Habislah Ina.

Dengan berkat Allah, akhirnya api tu reda :') Tapi masatu menggigil gila weh!! Macam trauma pun adaaaa

Alhamdulillah, langsir je yang terbakar!  T-T Kalau tak, habis ummi walid balik rumah dah terbakar hahhahaha


Kepada bakal suami saya, insyaallah rumah kita nanti tak terbakar ye hahahah. Saya dah belajar dari kesilapan. 

Bye assalamualaikum

Thursday, 2 February 2017

LOOK WHO'S BACK

Hai assalamualaikum everyone!! 

Siapa rindu Ina?! Angkat tangan!! *Menyampah gila weh nak feeling artist pulak* 
Tangan jatuh.

So, cerita dia SPM habis bulan November 2016. Ni dah February 2017. Cerita panjang dia malas. Cerita pendek dia, malas jugak. 

Maybe a hi from you guys?

"Ina, macam mana SPM? Okay?"
"SPM was fine *muka tenang gila*"
"But I wasnt! How dare you ask me that question?! Shut up"
Sorry, owner blog ni emo gila lepas habis jawab SPM. 

Disebabkan hidup Ina semakin cerah hari demi hari tanpa sekelumit gangguan daripada suara-suara buku latihan, so Ina decide untuk taburkan rasa kegembiraan Ina dalam blog ni. Siapa perasan Ina dah tukar design blogggggg??? Siapa tak perasan, ketiak dia busuk.

Well, I am no longer a pinky woman you guyssss :p Tapi, Ina kena admit yang blog ni tak boleh hidup tanpa warna pink. Tapi, disebabkan rasa bertimbang rasa tu menebal dalam diri, Ina just bayangkan kalau seorang lelaki melangkah ke blog Ina. Hm? Nak ke dia sentuh & gerakkan cursor dia lepastu & harungi lautan yang penuh ke-pink-an sangat? 

Ina private blog Ina sebelum ni untuk beberapa minggu untuk edit blog. Kira nak bagi suprise lah *menyampah angat*. Tiba-tiba, berkat nak suprise kan orang, bertukar jadi bala. Ina punya follower widget rosakkkk!!!!! Bayangkanlah, kau dah gigih berpenat lelah & bersengkang mata edit blog, tiba-tiba follower widget rosakkkkk


Ina tekan Ctrl+F cari apa yang tak kena *gaya ala agent CIA selesaikan masalah*. Ina harungi pulau-pulauan yang penuh dengan kod yang tahapehape. Sampai satu tahap, Ina buat keputusan untuk delete semua kod & gantikan dengan original template. And suprise!! Follower widget Ina still rosakk, Masatu, Ina cuma boleh berhehehehehehehe je ;) 

Lepas Ina siap edit, Ina search dan buat pemerhatian dengan kes pelik yang Ina alami ni. Ina search google. Tapi semuanya dusta. Ina dah nekad nak contact blogger-blogger otai dengan kes fobia yang Ina alami ni (Woih siapa tak fobia wehh. Kalau tak fobia, Ina bagi dia singgit). Then, Ina unprivate blog.. 

rupa-rupanya
Rupa-rupanya
RUPA-RUPANYA
RUPA-RUPANYA
RUPA-RUPANYA

Follower widget memang tak berfungsi kalau kita uprivate blog. Masa tu, sambil smirking, Ina hanya mampu berkata "Mission Complete (emoji pakai cermin mata hitam)"


Maka, nak dijadikan cerita ni lebih menarik, Ina dengan bangganya telah hilang semua bloglist, sebahagian je jumpa T-T. Jadi, Ina nak minta tolong siapa yang dulu dia dalam bloglist Ina, tolong comment or letak link dalam chat box.. Ina akan letak korang punya link balik.. ;)) 

Bye, assalamualaikum. 

p/s: I went to SK Kampong Endah to teach them kawad! I guess this is the last time I wear krs uniform. How sad ;'( 

                                  ......Me ft awkwardness.....

Ok dah tatatititutu

If u have any suggestion what should I post, feel free to comment on my cbox, comments, email & others. Tq! :*