Thursday, 8 January 2015

Perempuan Bila Kena Puji

Hai assalamualaikum,

Perempuan ni, banyak ragamnya. Setiap perempuan, ada ragamnya masing-masing. Ada juga yang kata memahami seorang perempuan lebih sukar daripada memahami pelajaran Add Math? Bunyi macam dahsyat sebab ramai yang kata Add Math tu susah. Tapi, siapa sangka memahami perempuan lagi susah sebenarnya.

Dah baca Perempuan Bila Kena Ngorat? Mana satu reaksi korang?

Kali ni, Ina nak cerita mengenai perempuan bila kena puji pula. Pernah tengok tak, apa reaksi seseorang perempuan tu bila kena puji? Ataupun korang sendiri lah, kena puji oleh kawan-kawan yang lain?

Apa reaksi korang atau perempuan tu?

1. Tersipu malu bak pohon semalu, padahal.....

Pernah tengok pohon semalu? Apa jadi bila kita sentuh dia? Automatik dia terus kuncup kan? Macam tu lah bagi sesetengah perempuan.

*Instagram*
Bedah: Hm soooo pretty 
Ropeah: Eh tak de ler.

*Dalam hati*
Ropeah: Tahu dah. Tok sah bagi tahu. Haih menyampah betul.

Typical okay, typical

2. Kutuk diri sendiri bila kena puji

Ina tengok ada juga yang berlaku benda macam ni. Tak percaya? 

Bedah: Kau ni lawa lah. Aku dah lama dah jeles dengan kau
Ropeah: Apa bendanya! Aku ni dah lah hidung tak mancung. Pipi pun macam pau. Kau ingat aku tak tahu yang kau puji tu tak ikhlas? Ha?! Kau ingat aku tak tau? 

Confirm. Lepas tu, dah insaf dah orang nak puji Ropeah kalau macam ni perangai dia
3. Mengaku je heheheheeee

Bedah: Lawanya kau ni...
Ropeah: Terima kasih 

Sambil dia cakap terima kasih tu, jangan lupa check hidung dia. 
Confirm macam nak kembang tapi ditahan-tahan.

4. Paling tak de perasaan

Bedah: Kau ni, lawa lah aku tengok
Ropeah: Lawak apa kau

Nampak macam biasa. Tapi ada sesetengah orang yg sensitif, dia terasa.
Habis, kecil hati dia. 
Ina pernah kena macam ni. 

5. Bila dah puji tu, bodek lah balik. Ye tak? 

Bedah: Pretty
Ropeah: Thank you. You more ;)

Kadang-kadang jaga hati.
Kadang-kadang ikhlas. 

6. Paling tak mengaku. 

Pernah juga tengok kejadian macam ni. Contoh kalau ada 100 orang komen dia lawa, seratus tu lah dia komen " No, im not. Saya buruk" .

Jual mahal agaknya? 

Apa-apa pun, hati-hati lah bila reply pujian seseorang tu. Daripada gaya kita balas pujian seseorang tu, dah boleh tunjuk macam mana perangai diri kita yang sebenarnya. Tak percaya? Daripada gaya kita reply tu, dah nampak dah kita ni jenis manusia bersyukur ke tak dengan pemberian Allah ataupun kita ni jenis yang tamak, nak lebih. Selain tu, kita juga dah boleh nampak dah dia ni jenis yang pandai jaga hati orang ataupun tak. 

Hati-hati juga bila kena puji, sebab kadang-kadang manusia macam duit syiling. Macam ni.. 

Harapnya, kita semua tak de lah jadi macam ni.. 

Ina harap entry ni, tak kecilkan hati sesiapa.

Ikhlaskan diri bila memuji.
Jaga hati bila balas pujian si pemuji. 

Bye, assalamualaikum.

Tonton Online Gila Baby Full Movie

Tonton Online Big Hero 6

Tonton Online Manisnya Cinta Di Cappadocia

Monday, 5 January 2015

Feeling Masa Jadi Newbie

Hai assalamualaikum,

Masih tertanya-tanya kisah Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza? Boleh baca entry sebelum ni.


Ina yakin setiap blogger ada pengalaman menjadi newbie. Tak kira lah blogger tu sekarang dah terkenal ke, suam-suam kuku mungkin? Ataupun masih berpegang konsep newbie? Wallahualam. Yang pasti, setiap blogger pasti ada pengalaman menjadi newbie sama ada pengalaman itu manis untuk dikongsi ataupun pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, Ina sendiri dah 2 tahun bertapak di dunia blogging. Hari ni, Ina nak flash back pengalaman Ina sewaktu menjadi newbie. Korang semua pun ada juga kan pengalaman masing-masing? Cuba ingat balik. Mana tahu kita sama..

Pengalaman Ina menjadi newbie rasanya bercampur baur manis dan pahitnya. Antara feeling masa Ina jadi newbie:

1. Rasa semua orang baca blog kita.

Feeling ni paling sedih sekali sebab rasa macam syok sendiri pun ada. Kebiasaanya, feeling syok sendiri ni, kita boleh tengok daripada gaya penulisan dia.

Hai assalamualaikum,
Sorry lah semalam saya tak update. Mesti awak semua rindu saya kan? 
Saya pun rindu dekat awak, awak, awak dan juga awak. 
Eh, awak lah! 

Entah-entah tak de siapa pun perasan

2. Feeling semua benda orang nak tahu tentang apa yang kita lalui. 

Hai assalamualaikum, 
Hari ni kita pergi pantai. Kita bangun awal-awal, mandi. Air dia sejuk gila. 
Lepastu kita tak tahu nak pilih baju apa. Hehe typical girls. Last2 kita pilih baju pink blink2.
Kita pakai bedak Silky Girl biar melecun gitewww.
Kita naik kereta tepat pada jam 9 pagi. Masa tu burung berkicauan. Matahari mula menyinar.
Kita duduk sit belakang. Abang duduk sebelah kita.
Pastu kita tidur. Lepas kita bangun, tiba-tiba je dah sampai pantai! Yeyayeyeyeye

Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali kepada diri Ina, biasanya Ina letakkan diri Ina sebagai pembaca entry ni. Rasa ada tak orang nak tahu apa yang kita lalui macam ni? 

Kalau yang rajin-rajin lah nak baca. Tapi Ina percaya, ramai yang malas. Ramai lagi blog yang kita nak singgah, nak baca entry dia. Kalau baca entry macam ni, rasanya terlentok terus kot? Lebih baik kalau kita letak point penting je.

3. Setiap perenggan ada 1000 patah perkataan. 

Rasanya, korang semua dah boleh bayangkan kan? Kalau tak, izinkan gambar berbicara. 


Nak scroll pun seram kalau macam ni

4. Tulisan lip lap lip lap penyeri entry

Ni pengalaman Ina yang Ina tak boleh lupa sampai sekarang. Bila tengok boleh letak background untuk setiap perkataan, hati ni rasa ghairah pula. Bila dah ghairah, try lah buat. Eh, berkenan pulak. Maklumlah dulu hati kanak-kanak riang. 

Hai saya sabrina. Saya budak baik.
 
Mesti lepas orang baca entry tu terus rabun warna


Sebenarnya, banyak lagi benda pelik-pelik yang Ina buat masa jadi newbie dulu. Cuma sekarang, bila kerah otak ni suruh ingat, makin blank pula. 

Setiap orang mesti ada pengalaman jadi newbie dulu kan? Cuma sekarang, kita dah pandai sikit macam mana nak mencorakkan entry kita untuk tarik perhatian orang baca. Senang untuk ajak orang singgah blog kita, tapi bukan senang nak suruh orang baca entry kita dari mula sampai penghujungnya. 

Keep blogging ♥ 

Bye, assalamualaikum.

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Atas Pentas Gegar Vaganza

Hai assalamualaikum,
 

Siapa tak kenal blogger dan aktres wanita yang comel molek Hanis Zalikha kan? Malam ni, kita semua dikejutkan dengan lamaran yang telah dibuat oleh Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza! Lebih mengejutkan lagi, Hanis Zalikha terima akan lamaran Hairul Azreen itu.

Selama ni, tak sangka langsung yang Hairul Azreen ada hubungan bersama Hanis Zalikha. Bila tengok Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha atas pentas Gegar Vaganza, wow ini berlakon ke? Rupanya bukan berlakon. Betul betul.

Apa-apa pun Ina harap Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bahagia sampai ke jinjang pelamin, timang anak! Tahniah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha! Korang berdua memang sepadan ;)




Saturday, 3 January 2015

Azam 2015?

Hai assalamualaikum,

Hari ni dah 3/1/2015. Rasa agak terlambat ke Ina nak update pasal tahun baru? Tak sangka betul masa bergerak dengan begitu pantas sekali. Meninggalkan Ina yang terhegeh-hegeh di belakang. Tahu-tahu je dah 16 tahun Ina sekarang ni.

Rasa rindu bila teringat kali terakhir Ina jadi kanak-kanak. Bagi Ina, zaman kanak-kanaklah zaman yang paling banyak gelak ketawa bila semua yang kita buat jadi lucu. Semua yang kita buat, kita tak takut salah ke tak sebab orang tahu kita ni budak kecil lagi. Bila buat salah pun, orang boleh maafkan. Rindu.

Tapi hidup mesti diteruskan. Bila dah jejak alam remaja, masuk sekolah menengah baru kenal rupa manusia sebenar. Keinginan nak berkawan dan keinginan untuk mencintai dan dicintai (paling tak boleh bla). Baru kenal siapa kawan siapa lawan. Ada manusia yang bertopengkan haiwan. Ada kawan yang tikam dari belakang. Ada kawan yang masih ada di sisi kita di saat kita jatuh orang tinggalkan kita. Bagi Ina, perjalanan di sekolah menengah lebih kepada mencari persahabatan. 

Bila baca blog orang lain, berkenaan tentang azam, rasa wow apa azam aku untuk 2015? Rasa kecil pula diri Ina ni bila tak de azam lagi. Hidup mesti ada azam, ada cita-cita, ada tujuan. Baru boleh berjaya. Kata orang.

Jadi, nak juga tulis azam 2015! Nak jugak!

AZAM 2015. 
Bismillahirrahmanirrahim,
1) Anak yang solehah untuk Ummi & Walid.
2) Ubah diri ke arah kebaikan ; yakin terhadap kemampuan diri sendiri, jangan tinggi diri bila ada di atas, jangan sesekali sombong, jadi pendengar setia, jadi ringkas sikit tak menyusahkan orang, jaga hati orang.
3) Bab sekolah: Siap kerja sekolah on time, yang paling penting dah kena asah parang untuk SPM nanti, study group start daripada pertengahan form 4, buat yang terbaik, tinggalkan bab cintan cintun ni. Fokus dalam pelajaran.
4) Bab blog: Masih terhutang janji dengan tutorial ukulele T-T Malaih nya kemain tapi tahun depan kita tengok macam mana. 

Alhamdulillah. Tercatat sudah azam 2015 Ina. Tak ada banyak pun. Tapi rasanya semua penting. Harapnya, dapatlah Ina tunaikan. Aminn. 

Point cerita untuk hari ni sebenarnya, tentang azam. Ina tahu, bila masuk tahun baru je, mesti semua orang, tak kira blogger ke, kawan sekolah, sedara, pak cik, mak cik, keluarga, mesti ada azam baru. Ye lah, masuk tahun baru, mestilah nak ubah diri kita ke arah kebaikan. Betul tak? 

Tapi, adakah kita tunaikan semua azam kita? Adakah kita semua seperti............... 

Sehangat tahi ayam?

Ataupun ada yang dah tercapai azam 2014? 

Tak salah untuk kita berazam. Hidup mesti ada azam, cita-cita, tujuan dan matlamat, baru boleh berjaya kan. Yang penting effort kita untuk capai azam kita tu. Tercapai ke tidak, kita berserah kepada Allah. Kita dah buat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. 

Selamat tahun baru dan semoga azam yang korang impikan tercapai! ^^ ♥ 

Bye, assalamualaikum. 

Salam Maulidur Rasul