Saturday, 29 November 2014

Segmen BLOGWALKING by Sakura

Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

Follow blog sakura :)
Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
Dah boleh start blogwalking.
Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok?


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

Kak Lyssa Faizureen Komen Di Blog Ina

Hai assalamualaikum,

Ingat lagi tak entry 2 tahun blogging ina? Dalam entry tu, ina ada mention yang ina adore gila dengan Kak Lyssa Faizureen.

Mulut ina terkunci seribu bahasa bila tengok comment pagi tadi. Kak Lyssa Faizureen komen blog Ina! Blog Ina! Ina rasa nak menangis sebab terharu sangat T-T First perkataan yang keluar daripada mulut ina bila tengok komen pagi tadi "Kak Lyssa Faizureen komen blog akuuu huwaaa :'("


Terima kasih sangat2 kak Lyssa idolaku yang cute dan comel sebab komen di blog Ina :'D :'D

Thursday, 27 November 2014

iPhone 5s Sebagai Hadiah Upsr

Hai assalamualaikum,

Seperti yang kita tahu, semalam result upsr dah keluar. Bermacam-macam reaksi daripada adik-adik darjah 6 di Twitter yang ina dapat tengok. Ada yang happy sebab dapat straight A. Ada yang sedih sebab result kurang memuaskan. Ada yang bersyukur dan redha dengan result yang dia dapat.

Kalau dulu, kita digemparkan dengan seorang pelajar yang berjaya memperolehi 5A dan parents dia bagi Mini Cooper sebagai hadiah. Kali ni, di Twitter, ada seorang adik even dapat 2A tapi parents dia bagi iPhone 5s.





Seriously, ina jeles gila dengan adik ni T-T Tapi dah memang rezeki adik ni kan nak dapat hadiah iPhone daripada parents dia. Btw dik, just ignore apa yang orang kata, yang kutuk tu cuma jealous je. Fikir positif & semoga berjaya dalam menempuhi alam sekolah menengah :) 

Tahniah kepada adik-adik yang dapat 5A dalam upsr. Kalau tak dapat, tak pe, usaha lagi. Jangan risau,  PT3 ada. Mungkin rezeki adik bukan masa upsr, mana tahu masa Pt3. 

p/s: Cerita pasal orang ambil result upsr ni, ina pulak yang seram sejuk bila terkenangkan result Pt3 ina nanti... 

Wednesday, 26 November 2014

How To Move On!!

Hai assalamualaikum,


How To Move On!! - Hari ni ina nak share kan sikit macam mana kita nak move on ataunak anggap someone tak lebih dari kawan. Idea ni muncul daripada ina sejak seorang kawan ina ni, tanya dekat ina pendapat ina mengenai hal move on ni. Daripada pendapat yang ina bagi & ina korek-korek dalam otak ina ni, ina rasa ina nak share sikit. Hehe ina tak de lah expert sangat bab2 ni, saje nak kongsi.

Berbalik kepada topik ina, ina mengaku memang susah kalau kita nak lupakan someone yang kita dah suka. Mungkin kalau kita yang minta putus, kita tak de rasa apa-apa sebab kita mungkin dah bersedia untuk hadapi situasi ni. Kalau dia yang minta putus? Tanpa jangkaan kita? Kita boleh buat apa?

Mungkin ada sesetengah yang berharap, tapi kalau tengok dia pun okay macam tak de apa-apa je, sampai bila nak berharap,kan? So, open your eyes & try to move on!!!

Macam mana nak move on?

Jauhkan diri daripada phone
Jauhkan diri daripada phone ni memang benda asas sekali kalau kita nak try move on. Melalui cara ni, kita dapat hadkan peluang kita untuk stalk dia. Faham-faham je lah, bila dah rindu, masa tu lah nak tengok gambar dia, nak tengok senyuman dia ala-ala macam Izzue Islam tu, kan. Kalau macam ni, macam mana nak move on?

Bina hobi baru
Bila kita dah jauhkan diri daripada phone, kita mesti buntu tak tahu nak buat apa, kan? Jadi, hobi baru ni berperanan untuk isi masa lapang kita di samping kita dapat lupakan tentang dia. Contoh paling mudah bila kita berblogging, kita akan lupakan semua benda dan fokus dengan blogging je.

Dekatkan diri dengan Allah
Dekatkan diri dengan Allah, perkara paling penting dalam move on ni. Jangan putus doa kepada Allah untuk mudahkan kita lupakan dia. Kalau teringat tentang dia, sebutlah "Ma Fi Qalbi Ghairullah" yang bermaksud tiada yang lain di hatiku selain Allah. Insyaallah, Allah mudahkan kita untuk lupakan dia.

Delete conversation di Message, Wechat, Whatsapp, Facebook, Line & social network yg lain
Delete conversation ni untuk halang kita ingat balik kenangan-kenangan kita time dengan dia dulu. Nanti, kalau tak delete, bila baca, ada yang meleleh pula air mata. No! No! Macam mana nak move on. Kesat air mata, delete semua!!!

Baca tweet mohon clash hehehe
Kalau korang dah muak sangat nak berblogging, terpaksa juga kan kena pegang phone? Ina sarankan untuk baca tweet @mohon_clash di Twitter. Ina confirm, korang akan tergelak!! Serious, ina tak tipu.



Begitu lah sedikit sebanyak kaedah yang ina boleh kasi macam mana nak move on. Move on ni memang ambil masa yang lama, yang penting jangan berhenti berdoa kepada Allah & jangan sesekali putus asa!! Ingat, masih ramai lagi orang yang sayang kita :)


Pesan pada hati, kadangkala takdir kita hanya setakat dapat bertemu dan kenal, tetapi bukan berjodoh.

Kalau dah jodoh, tak contact pun tak risau, tak jumpa pun no problem. Jika kita yakin dengan ketentuanNya, semua takkan jadi masalah-UAI
 p/s: good luck & la tahzan :DDD

Tuesday, 25 November 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Monday, 24 November 2014

2 Tahun Blogging

Hai assalamualaikum,

2 Tahun Blogging - Ina baru teringat bulan November ni, genap blog ina berusia 2 tahun! Ina tak tahu nak kata apa, terdiam seribu bahasa. Ina sedih sebab ina rasa sekejap je 2 tahun tu, berlalu. Tiba-tiba je wow! dah 2 tahun dah! Ina happy juga sebab setakat ni, ina bangga dengan pencapaian blog ina. Ina sayang gila dengan blog ina.

Melalui entry anniversary blog ina tahun lepas , ina ceritakan pengalaman ina jadi blogger selama setahun. So, untuk anniversary blog ina kali ni, ina ingat ina nak share kan tentang fokus blog ni.

Dulu, masa ina newbie, ina excited gila nak share dekat semua tutorial untuk blog sebab ina tengok dengan cara macam tu, blog macam best je. Maklum lah, masa tu ina tengah adore gila dengan Kak Lyssa Faizureen ! Siapa tak kenal kan, blogger comel kak lyssa kita.

Jadi, ina pun dengan gigih sepenuh hati, try fahamkan code-code, hari-hari ina post kan tutorial. Tak percaya? Boleh tengok blog archieve ina tahun lepas. Memang penuh dengan tutorial je. Tapi, bila lama-lama ina rasa, dapat penat je. Hasilnya, tak seberapa.

Masa tu, ina fikir buat apa ina nak share benda yang dah sedia ada kan? Masa tu pulak, baru terbuka mata ina yang punya lah ramai blogger share tutorial untuk blog.

Melalui daripada hari tu, ina dah stop share tutorial untuk blog. Ina cuma share entry personal ina je.

Sampai lah satu hari ni, ina blogwalking di blog Abang Hasrul Hassan . Ina menelaah satu persatu butir di blog abang HH. Ina ingat lagi abang HH cakap, benda yang membuatkan sesuatu blog tu menarik bila dia tulis pasal kelebihan diri dia atau kekurangan.

Ina pun fikir lah apa kelebihan ina. Kadang-kadang ina tertanya jugak, "Apa kelebihan aku? Aku ada kelebihan ke?" Sampai lah satu tahap ni, ina baru tergerak hati pasal gitar & ukulele. Alhamdulillah, ina dah post kan video pertama ina sebagai satu permulaan.

Yang kedua, ina try fokuskan blog ina kepada movie online sebab ina tengok keywords blog ina, datang daripada movie online.


Walau macam mana pun, ina tetap kekalkan entry personal dalam blog ina. Cuma kadang-kadang terselit tips-tips. Ina tak tahu lah, ina suka share kan tips-tips di blog ina ^^ 

Akhir sekali, ina nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pengunjung blog ina.. Tak tahu macam mana ina nak balas balik jasa korang semua. Tanpa semua, ina mesti tak de semangat dalam dunia blog ni. Terima kasih banyak-banyak. Tolong doakan ina lebih maju dalam dunia blog ni ye.. :) 

Sunday, 23 November 2014

First Videoooo

Assalamualaikum hai semuaaa

Gementar gila ina nak share video pertama kat semua ni haha >< First time katanya :p Apa-apa pun ina minta maaf dengan semua sebab ina belum upload lagi video tuto ina untuk main ukulele. Sebenarnya, ina dah buat, tapi video nya panjang sangat lah pulak. Nak tak nak, kena lah buat video baru sebab kena reject..

Fokus kepada topik ina kali ni.. Ehem! Untuk first video ina di blog ni, ina ada nyanyi kan satu lagu untuk semua. Nak tahu lagu apa? Cuba tengok..

video 

Ina minta maaf sangat2 kalau ada yang tak memuaskan ke apa.. Sejujurnya ina memang rasa gugup sikit sebab ni kali pertama kan.. Hehe ^^ Muka ina nampak pucat sikit sebab ina rasa camera laptop ni ..

Sebelum tu, nak tengok tak Behind The Scene lagu ni.. Haha antara video yg ina buat tp tak jadi :p Bila tengok, tergelak pun ada xD 

video

Bye, assalamualaikum 

p/s: Ina akan update video tutorial main ukulele dalam masa yg terdekat ni.. Insyaallah lagu yg akan ina pilih lagu Pencuri ^^ 

Tonton & Download Kelibat Full Movie




Saturday, 22 November 2014

Kena Gelak Bila Cakap English

Assalamualaikum & selamat pagi blogger-blogger sekalian,



Ina ada sorang kawan india ni, gobi namanya. Dia memang professional gila kalau cakap english ni sebab english memang bahasa gobi di rumah. Ina memang belajar english dengan dia.

Satu benda yg paling respect dengan gobi ialah even ina ni macam kura-kura belajar english, dia tak pernah gelakkan ina even english ina terabur macam puting beliung ke apa.

Tapi, ina sedih lah bila satu hari tu, ina jalan dengan gobi sama-sama. Kitorang pun cakap lah english sama-sama. Perkara biasanya yang orang selalu kata bila kitorang cakap english:

1. Gelakkan
Kau tak payah lah nak cakap english sangat. Ni negara Malaysia. Bahasa Melayu bahasa ibunda kita. Kenapa kau perlu agungkan bahasa Inggeris sedangkan ia bahasa penjajah?

2. Mempertikaikan umpama kau ni buduh
Tok sah lah kau nak tunjuk pandai cakap english ni. English test bukan dapat A pun. Bajet je speaking english

Ina sedih lah juga bila dengar semua ni. Kadang-kadang ina terfikir, kalau semua orang terfikir benda yang sama macam ni, macam mana negara kita nak maju kalau semua orang sibuk mengutuk bila seseorang cuba untuk melangkah maju setapak ke hadapan?

Maksud ina, bahasa inggeris ni penting kan. Walid ina dah berjuta kali pesan, "belajar bahasa inggeris, belajar bahasa inggeris, dekat universiti semua orang cakap bahasa inggeris". Bila ina dengar macam tu, ina pun terkejut lah. Macam mana ina nak bergaul dengan orang kalau ina tak pandai cakap dalam bahasa english?

Sebab tu lah, ina nak mula daripada sekarang. Tapi, disebabkan dengan geng-geng yang cakap macam tu, haisy patah juga lah semangat ina.

Sedih, sebab sepatutnya, diyorang jadi lah macam padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Ataupun, kalau tak suka pun, diam je lah, tak payah nak judge orang. Tak perasan ke yang kata-kata lebih tajam daripada mata pedang?

Thursday, 20 November 2014

Perempuan Bukan 'Awek'

Assalamualaikum



Aku dah lama usya "awek" tu, lawa ohh -Ali

Ina tak tahu lah, tapi sejujurnya, ina tak suka lelaki panggil perempuan 'awek'? Ina rasa perempuan memang tak patut digelar awek. Sejujurnya, awek ni menunjukkan perempuan ni macam murah.  

Sama jugak lelaki yang suka buat bunyi cencorot a.k.a tikus untuk panggil perempuan. Serious, ina memang tak suka sangat.

Actually, kalau nak mengurat pun, guna lah taktik lain. Kalau korang guna taktik tu, confirm perempuan mesti makin benci.

Sebagai perempuan, korang pernah tak dengar mana-mana lelaki panggil perempuan awek atau bunyi cencorot tu? Apa perasaan korang?

Tuesday, 18 November 2014

Tutorial Main Ukulele

Assalamualaikum & selamat pagi..

Disebabkan cuti yang terlalu lama dan membosankan, ina rasa ina nak share kan kepada semua macam mana nak main ukulele. Tahu tak, ukulele tu apa?

 

Yang atas ni lah ukulele.. Adik beradik dengan gitar, cuma dia kecil sikit je.. Senang cerita, kalau tak pernah tengok, mesti semua tahu kan, lagu Tegar yang hot tu, Aku Yang Dulu, Bukan lah Yang Sekarang. Tahu, kan.. Okay, Tegar nyanyi lagu tu, pakai ukulele lah.. 

Jadi, ina dalam perancangan nak share kat semua macam mana nak main ukulele. Sebelum ni, ina terfikir nak share tutorial main gitar, tapi ina rasa ramai je orang yang pandai main gitar. Ina jarang pula tengok orang main ukulele.. hehe. 

Apa beza ukulele dengan gitar? Orang selalu tanya kat ina macam tu.. Antara beza ukulele dengan gitar: 
  1. Saiz ukulele lebih kecil daripada gitar, ukulele lagi senang dibawa ke mana-mana
  2. Pada pendapat ina, bunyi ukulele lagi sedap daripada gitar (just pendapat ina) 
  3. Ukulele ada 4 tali, gitar ada 6
  4. Ukulele lagi cute
  5. Ukulele lagi senang main daripada gitar
Itu lah antara perbezaan antar ukulele dengan gitar.. Sekarang ni, tengah terfikir nak share kat semua nak main lagu apa..

Apa-apa pun, sekarang ina tengah dalam process buat video untuk tutorial ni.. Jangan lupa tengok tau hehe! :D

Selamat bersarapan,
Bye assalamualaikum :) 

Monday, 17 November 2014

Pujuk Girlfriend Pakai iPhone 6

Assalamualaikum,

 

Baru-baru ni, ada isu hangat di Twitter tentang seorang lelaki ni, pujuk girlfriend dia pakai iPhone 6. Masa ina tengok, sejujurnya, ina cuma cakap perempuan tu untung je lah. Tapi, makin lama ina tengok makin ramai yang bash mengenai hal ni. 






Ina tak tahu nak komen apa. Bila ina tengok orang bash, ina diam je lah. Ina sebenarnya malas nak bash orang ni, ina pun bukannya bagus sangat.

Apa pandangan korang?
Kalau korang ada di tempat perempuan tu, apa perasaan korang?
Sebagai orang luar yang melihat, apa pendapat korang?
 

Kawan Lebih Penting Daripada Keluarga

Assalamualaikum,

"Kawan lebih penting daripada keluarga" -Ropeah

Percaya atau tak, ada segelintir kawan sebaya ina pernah cakap macam ni. Tak sangka kan, seorang anak, umur  15 tahun, baru form 3, mengeluh tentang keluarga sendiri dan menyatakan bahawa dia lebih memerlukan seorang kawan daripada keluarga?

Sebagai seorang kawan, ina pun sedih sangat bila ayat ni boleh terpacul daripada mulut kawan ina sendiri. Kalau ina yang sebagai kawan ni boleh sedih dengan apa yang dia katakan, ina tak dapat bayangkan perasaan ibu bapa kawan ina kalau mereka dengar ayat ni. Mesti terguris hati mereka.

Bila diperkatakan begitu, ina tanya. Sebab apa?

Melalui apa yang hamba Allah ni ceritakan, ina dapat tangkap sedikit punca kenapa hamba Allah ni, sanggup cakap macam tu.

Pendengar setia
Sebagai anak, ina mengaku ina memang perlukan seorang pendengar setia untuk dengar isi hati ina.. Kadang-kadang apa yang ina rasa perlu dikongsi dengan orang lain. Kalau bukan dengan ummi & walid ina, siapa lagi yang ina boleh cerita? Alhamdulillah walid & ummi ina memang seorang pendengar setia yang sangat baik.

Mungkin nampak benda ni macam remeh, tapi sebenarnya benda ni amat besar untuk kami. Bila kami dapat luahkan sesuatu kepada ibu bapa, kami rasa seperti dihargai kerana ada orang yang mengambil perhatian tentang kami.

Apabila ibu bapa tiada di sisi anak-anak untuk jadi pendengar setia, kawan akan jadi tempat utama anak-anak luahkan sesuatu masalah dan berkongsi cerita. Lama-lama hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan jadi renggang dan anak-anak lebih rapat dengan kawan.

Teman bila kita jatuh
Kadang-kadang bila kita gagal dalam sesuatu perkara tentunya kita akan sedih. Sebagai anak, selain daripada mempunyai seorang pendengar setia, anak-anak juga perlu ada seorang pembangkit semangat untuk naikkan balik semangat mereka.

Kata-kata semangat memang betul-betul berharga untuk kami sebagai anak untuk bangkit semula. Kami akan kuat bila ada seseorang yang menjadi penyokong kami. 

Appreciate benda yang kita buat
"Family aku, aku ada ke, tak de ke, sama je. Bukan kesah pun". Ina pun sedih sangat bila dengar dia cakap macam ni.  

Sebagai anak, ina memang gembira sangat bila benda yang ina buat dihargai oleh ummi & walid ina. Kadang-kadang mungkin benda yang ina buat tu, bagi ina kecil, tapi punya lah bahagia hati ina bila dapat pujian-pujian daripada ummi & walid ina.

Ada masa untuk kita
Melalui cerita daripada kawan ina, dia kata yang family dia selalu tak ada masa untuk dia. Dia rasa lebih seronok berada bersama kawan berbanding daripada keluarga dia sendiri sebab dia rasa kawan sentiasa ada masa untuk dia.

---------------------------------------------------------------------------------

Ina sedih bila dengar kawan ina ceritakan benda macam ni kat ina. Ina bersyukur sangat sebab Allah kasi ina, ummi & walid yang selalu dan sentiasa memahami ina, ada masa untuk ina dan bagi perhatian untuk ina. Ina tak sangka ada segelintir orang yang tak dapat rasa apa yang ina rasa sekarang ni.

Ina minta maaf sangat2 kalau entry ni, kecilkan hati sesiapa. Ina bukan memandai-mandai, sebagai anak, ina cuma nak kasi opinion ina tentang ibu bapa. 

Apa-apa pun, ina selalu doakan supaya kawan ina sedar dan fikir balik dengan apa yang dia cakap. Ina harap dia akan ubah fikiran dia. Walaupun mungkin ibu bapa dia macam tu, tapi ina rasa tak salah kalau dia betulkan balik apa yang sepatutnya & cuba rapat dengan keluarga. 

Bagi ina, masa remaja ni lah, masa untuk kita dengan keluarga. Ye lah, lepas ni, ina kena pergi belajar jauh-jauh. Tak tahu lah ina dapat jumpa family berapa kali seminggu. Atau berapa kali sebulan? Atau berapa kali setahun?
 

Ciri-ciri Perempuan Yang Lelaki Tak Suka

Assalamualaikum dan hai!

Setelah selesai tajuk Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka , tiba-tiba ina terfikir pulak nak share apa pula ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka? Ye lah, takkan perempuan je ada taste kan, lelaki pun mesti ada kan.

Mungkin anda semua pernah baca tentang entry yang berkenaan seperti ina di blog lain. Tetapi, kelainan untuk blog ina, ina 'interview' beberapa orang kawan-kawan lelaki ina sendiri. Punya lah tak malu kan ina ni. Hahaha salahkan semangat ina yang menggunung untuk buat entry ni.

Mungkin ada sesetengah pendapat yang mengatakan "Lelaki, semua nak cantik je". Kata-kata yang sering diperkatakan di setiap bibir perempuan kalau cakap tentang taste lelaki ni. Tetapi, apa kata kita tengok betul ke lelaki suka perempuan yang cantik je? Kita tengok jawapannya di akhir entry.

Antara ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka :

Terlalu sosial 
Majoriti lelaki yang ina tanya, ramai yang jawab mereka tak suka dengan perempuan yang terlalu sosial. "Kalau 24 jam nak layan laman-laman sosial tu takde benda ke lain ke nak buat". Memang mendalam betul ayat ni.

Hipokrit
Majoriti juga menunjukkan yang kebanyakan lelaki benci bila perempuan bersikap hipokrit. Lelaki sebenarnya lebih menyukai perempuan yang bersikap jujur. Contohnya, jika perempuan mahu pergi keluar bersama rakan-rakannya yang terdiri daripada lelaki, berterus-terang kepadanya. Tidak perlu mereka cerita yang anda ingin pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama rakan.

Mungkin tujuan perempuan adalah untuk mengelakkan lelaki itu daripada cemburu, tetapi hakikatnya, lelaki lebih sukakan sikap jujur dan tidak menipu. 

Pegangan agama yang tak kukuh
Kebanyakan lelaki menitikberatkan tentang hal agama. Contohnya, daripada aspek pemakaian. Kaum lelaki tidak suka perempuan yang berpakaian ketat dalam kata lain, lelaki lebih suka perempuan yang menutup aurat. Selain itu, kaum lelaki juga benci perempuan yang menutup aurat tetapi mempunyai kelakuan yang tidak baik seperti mencarut tentang perkara yang tidak sepatutnya.

Over sangat ketawa
Ina mengaku kebanyakan perempuan memang kadang-kadang tidak mampu untuk menahan ketawa. Jika sesuatu perkara tersebut sangat melucukan baginya, mulalah gelak terbahak-bahak sampai nak terbalik dunia, tanpa memikirkan mata-mata di sekelilingnya.

Sarcasm


Sarcasm atau kata lainnya menyindir. Lelaki tidak suka jika seseorang perempuan itu menyindir disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan. Bila perempuan menyindir sesorang lelaki itu, lelaki itu akan berbisik "Macam lah kau tak pernah buat".


Mesra dengan lelaki lain
Untuk wanita yang sudah mempunyai hubungan, lelaki beranggapan bahawa apabila seseorang perempuan itu rapat dengan seseorang lelaki, bermakna perempuan itu suka kepada lelaki tersebut. Lelaki akan bertanya kepada diri sendiri "Siapa aku di mata dia?" "Dia dah tak sayang aku lagi ke?"


Suka Pendam
Ada sesetengah lelaki menyatakan bahawa mereka kurang senang apabila bersama perempuan yang suka memendamkan perasaannya. Contohnya, apabila perempuan marahkan sesuatu, lelaki akan berharap bahawa perempuan itu, akan luahkan kepadanya.

Terlalu Mengongkong
Ada sesetengah pendapat berkata "cemburu tandanya sayang", tetapi kita kadangkala tidak sedar bahawa sikap cemburu inilah yang membawa kita sedikit sebanyak ke arah mengongkong, terutamanya perempuan.

Perempuan sepatutnya perlu faham bahawa lelaki mempunyai kehidupannya sendiri. Apabila perempuan terlalu mengongkong, lelaki akan mempersoalkan, "You are not my wife"- dalam hati je tak berani nak direct.

Gedik
Pada pendapat ina, perempuan gedik biasanya terdiri daripada perempuan yang cerewet. Bila dah cerewet, mula lah nak "Ewww awak ni". Eww sana, eww sini. Ina jadi perempuan pun rasa macam nak hentak dia jugak, apa lagi lelaki.

Banyak cakap
Beberapa orang lelaki yang ina interview mengatakan bahawa mereka tidak menyukai perempuan yang banyak cakap. Mereka merasakan perempuan lebih menarik dengan sikap malu dan lemah lembut.

Pemalas
Sikap pemalas ini sepatutnya memang tidak patut hadir dalam seseorang perempuan tu. Apabila seseorang perempuan itu malas, sudah tentunya lelaki akan beranggapan "Macam ni ke nak jadi wife aku, nak sidai kain pun malas. Ni kan lagi nak jaga anak-anak aku nanti".

-------------------------------------------------------------------------------------

Konklusinya, daripada hasil analisis ina, setiap lelaki mempunyai pandangan dan minat yang berbeza. Bergantung pada lelaki itu sendiri.

Namun begitu, betul ke yang lelaki suka perempuan yang cantik? Ina ajukan soalan ini kepada setiap lelaki yang ina tanya. Jom tengok apa jawapannya

Ina: Setuju tak kalau aku kata lelaki lebih sukakan perempuan cantik?

-Setuju. Lelaki memang menyukai perempuan yang cantik. Hal ini kerana mereka akan berpuas hati bahawa pasangannya lebih cantik daripada pasangan orang lain

-Setuju. Bergantung kepada lelaki itu sendiri

-Setuju. Semestinya lelaki sukakan perempuan yang cantik

-Setuju. Lelaki menyukai perempuan yang pandai menjaga keterampilannya. Tetapi, hati seseorang perempuan itu harus lah baik. Muka cantik, tetapi hati buruk baik tak payah. Yang penting hati. Muka kurang cantik tetapi hati baik pun okay. Sebenarnya, semua hamba Allah cantik.

-Tidak. Kebanyakan lelaki tengok pada perangai perempuan itu sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga entry ni. Ina ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi diinterview, dan tidak lupa juga kepada pembaca entry ni. Ina harap entry ina kali ina tiada mengguriskan hati sesiapa.

Yang paling penting dari wanita adalah kecantikan hatinya, kalau soal kecantikan fizikal, itu markah bonus -Tanwirul



Sunday, 16 November 2014

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015

klik banner

Nama penuh ina Siti Nursabrina Binti Shekh Ahmad. Ina berumur 15 tahun. Seorang pelajar SMK Telok Panglima Garang. Ina merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. 

Blog ni beroperasi sejak tahun 2012. Ina dah berblogging lebih kurang dalam 2 tahun. Blog ni mengandungi kisah hidup ina, tips, tonton online dan panduan blogging. 

Thursday, 13 November 2014

Malu Nak Tunjuk Blog

Hai dan assalamualaikum,



Selamat pagi semua. Rasa bosan duduk kat rumah sejak cuti sekolah ni makin lama makin membuak-buak pulak. Paling kelakar bila kadang-kadang ina sampai tak tahu hari ni hari apa. Memang lifeless sangat kan. Ni lah lumrah pelajar sekolah bila dah cuti. 

Berbalik kepada tajuk entry ina hari ni, Malu Nak Tunjuk Blog.

Ceritanya bermula semalam, 

Ummi: Apa nama blog awak? 

Ina: Ummi nak buat apa? 
( Dalam hati terketaq sebab takut ummi nak baca ) 

Ummi: Awak tulis apa je dekat blog awak tu? 

 ( Alamak mampuih aku nak menjawabnya *dalam hati )

Ina: Ina tulis cerita yang ina suka hahaha
( Jawapan paling hancuss ) 

Walaupun macam tu, ummi tetap tak putus asa. Ummi tanya lagi. 

Ummi: Apa nama blog awak? 

Ina: Haha malu lah ummi. Ye lah, sebabakusabrina

Humaira: Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca (sambil mencelah) 

Ina diam je, sebab ina tengok apa yang Humaira cakap ada betulnya jugak.


Kata-kata humaira buat ina terfikir sejenak. "Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca?" Deep sangat ayat tu, tapi ada betulnya. 

Ina tak tahu lah kenapa, tapi ina memang tak kesah kalau rakan-rakan blogger ina nak baca blog ina. Sebaliknya, ina rasa malu pulak kalau tiba-tiba ahli keluarga ina nak baca blog ina. Pelik, kan? 

Kadang-kadang ina terfikir juga kenapa. Mungkin sebab mereka dah kenal ina luar dan dalam, bila tengok blog ina, "Alamak bajet je dia ni". 

Atau mungkin sebab usia ina yang baru 15 tahun, tapi dah memandai-mandai share benda yg bukan-bukan kat blog. Aik ada ke? 

Terfikir jugak ada tak blogger lain yang rasa perasaan macam ina ni? 

Tuesday, 11 November 2014

Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka

Hai dan assalamualaikum ! :)

Setelah beberapa hari ina menyepikan diri, ina datang untuk bawa entri baru hehe. Topik ni tiba-tiba muncul dalam otak ina masa ina tengah menyapu rumah tadi haha! Terima kasih cik otak yg jarang mengecewakan ina.

Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka Ada jugak ke ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka? Ada ke? Ada keee?!!

Antara ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka ;

Kuat perasan
" Ya Allah, meluatnya aku tengok lelaki tu! "
" Bajetnya. Padahal muka tak seberapa "
" Ingat buat macam tu perempuan suka ke? Hak tuih! " 
Antara dialog-dialog yg akan dikatakan oleh perempuan kalau ternampak lelaki bajet ni ataupun kuat perasan.

Mungkin lelaki tak perasan ada beberapa perwatakan dia yang membuatkan perempuan boleh jadi menyampah tengok dia. Kadang-kadang perempuan boleh nampak seseorang lelaki tu jenis yang kuat perasan walaupun lelaki tu diam. Contohnya tengah duduk. Hebat kan! Sebenarnya daripada riak muka lelaki tu kami boleh nampak dia jenis lelaki yg macam mana.

Jenis lelaki kuat perasan;
  1. Perasan hensem
  2. Perasan hot
  3. Perasan ramai peminat
  4. Segala penyakit perasan
Sebagai perempuan, walaupun lelaki tu hensem macam Zayn Malik pun, tapi kuat perasan, boleh lari taste. Masa mula-mula boleh lah tahan jugak, tapi kalau dah asyik puji diri sendiri 24 jam, rasa nak baling kerusi pun ada.

Bagi ina, tak perlu nak bagi tahu orang atau nak show-off dekat orang yg awak ramai peminat, hensem dan hot. Kami sebagai perempuan, ada mata, tahu menilai.

Tak Ada Bahasa
Tak ada bahasa yang ina maksudkan bukan lah yang tak pandai cakap. Tak ada bahasa, atau kata lain biadap.

"Lelaki tu, harap je cute macam Harry Style, mulut kalah longkang"
"Lelaki tu, dah lah muka macam tu, mulut kurang ajar pulak tu"

Walaupun lelaki hensem macam mana sekali pun, tapi tak ada bahasa, tak respect orang lain, kami sebagai perempuan tak pandang langsung. Sebenarnya kalau lelaki yang ada rupa, cuma lah kelebihan pada seseorang tu. Pada pendapat ina, kalau lelaki tu muka biasa-biasa, tapi pandai jaga hati orang, jauh lagi baik daripada lelaki hensem tapi tak ada bahasa.

Playboy
Sebagai perempuan, lelaki playboy ni perempuan paling anti sekali. Lagi-lagi kalau lelaki tu dah ada girlfriend, dalam masa yg sama, perempuan keliling pinggang. Mungkin lelaki beranggapan dengan buat macam tu, nak tunjuk kat orang yg dia Jejaka Idaman Paling Hot kat sekolah. But, bagi perempuan: Eww!

Mungkin lelaki beranggapan bila dia buat acaca playboy ni, perempuan akan berkata:
Peah: Wow! Tengoklah Ali. Dah lah hensem! Ramai peminat pulak tu. Arghh cairnya!
Kiah: Haah lah! Dia lah crush aku. Selain memiliki bibir yg seksi, Ali tu tough pulak tu. Nak pengsan aku tengok dia!

Ina cuma nak cakap awak SALAH!

Pertama, apa perasaan perempuan tu? Perempuan ni hatinya lembut. Perempuan mana yg nak diduakan? Bagi tahu ina sekarang! Ina nak cakap dengan dia jugak kenapa dia macam tu. Ina boleh jamin 99% yg seseorang perempuan tu tak nak diduakan.

Kedua, apa pandangan orang luar pulak terhadap awak. Mungkin niat awak dengan buat benda macam ni, awak boleh tunjuk awak ramai peminat. Tapi, awak salah. Orang lain ada mata, melihat. Ada otak, fikir. Lepas tengok benda yg awak buat dekat girlfriend awak, takkan kami nak jadi mangsa awak yg seterusnya pulak, kan? Think twice :)

Pada pendapat ina, ni lah antara ciri utama perempuan tak suka seseorang lelaki tu. Sejujurnya, bagi ina, lelaki yang perempuan selalu pandang ialah lelaki yang jadi diri dia sendiri, lelaki yang jujur, semuanya terletak pada hati dan akhlaknya.

Jadi diri sendiri tak bermaksud seseorang lelaki tu perlu tunjuk perangai dia yg kaki perempuan, biadap dan kuat perasan tu walaupun mungkin itu diri awak sebenar. Kalau benda kat atas ni, ada yg macam awak, ubahlah.

Rupa hanyalah luaran. Hanya untuk cinta pandang pertama. Kalau dah dua kali pandang, tiga kali pandang, empat kali pandang? Kami lihat hati dan akhlak awak jugak.

Ina harap entry ina tak kecilkan hati sesiapa. Ni untuk suka-suka je lah ^^ Lepas ni, terfikir jugak nak bagi Tips: Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Suka. Macam mana? Tengok lah dulu.

Bye, assalamualaikum.

 

Tuesday, 4 November 2014

belajar something

 

Assalamualaikum,

Cuti sekolah ni menandakan telah tamatnya ina sebagai pelajar tingkatan 3. Wuu macam tak percaya je. Dah nak tingkatan 4 dah kau. Uisy sedih memang sedih. Lagi 2 tahun je kat sekolah T-T Act, baru rasa macam semalam ina belajar abc,123 masa darjah 1.

Dalam waktu ina bergelar pelajar sebagai pelajar tingkatan 3, ina ada belajar sesuatu yg ina daif tentang hal ni selama ni. Ina belajar apa itu erti persahabatan, kawan, 'fake' friends.

Dulu masa kecik ina, ina cuma tahu 2 jenis kawan. Kawan. Kawan baik. Kan kan. Sekarang, lepas apa yg ina tempuh dalam hari-hari ina, baru ina tahu.

Fake friends. Biasanya kita boleh nampak dia masa kita ada sesuatu yg dia perlukan. Masa kita ada benda tu, dia akan himpit kita, macam belangkas. Yang kau pelik, sebelum ni, dia buat tak tahu je bila ada kita. Hari ni, tah apa angin dia, nak himpit je kita. Then, bila kau tak de apa2, dia akan tinggalkan. Yes, itu fake friends. Habis madu sepah dibuang katekko.

Kawan. Pernah dengar tak perumpaan mengatakan 'Kawan biar beribu'? . Dalam hidup ina, seriously, ina kawan je dengan semua orang. Tak kisah lah yg dia tu kaya ke, miskin ke, baik ke, jahat ke, buruk ke, cantik ke, hensem ke, ina kawan je. Kawan ni pula kawan biasanya ada masa kita gembira dan senang. Biasanya, ina tadah je siapa yg jadi kawan ina.

Sahabat. Dalam hidup ina ni, ina rasa cuma ada 2,3 orang je sahabat ina. Serious, diyorang ni, ina sayang gila. Sahabat ni biasanya yg selalu ada masa kita sedih. Dia lah tempat kita luahkan perasaan, dia pendengar setia. Masa kita gembira, dia gembira, masa kita sedih, dia sedih. Alaaa macam cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga. *main lagu Sahabat sikit*.

Masa ina sekolah rendah dulu, ina ingatkan, kawan rapat tu lah sahabat, kawan baik. Tapi, ina salah, kawan rapat cuma ina rapat je dengan dia, tapi tak semestinya dia ada masa kita susah.

 Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. -source

Bye, assalamualaikum.
 

 

Monday, 3 November 2014

Gambar air terjun tercantik di dunia

Assalamualaikum,

Gambar Air Terjun Indah Wallpaper Pemandangan Alam Terbaru  

Gambar Air Terjun Terbaik Pemandangan Alam Indah Wallaper Lukisan  

Gambar Air Terjun Terindah di Dunia Pemandangan Alam Seperti Lukisan  

Gambar Air Terjun Tercantik di Dunia Pemandangan Alam Terindah Wallpaper  

Gambar Air Terjun Tercantik di Dunia Wallaper Pemandangan Alam Indah  

Gambar Animasi Air Terjun Wallpaper Pemandangan Alam Indah Cantik  

Gambar Lukisan Air Terjun Indah Wallpaper Pemandangan Alam Cantik  

Gambar Wallpaper Air Terjun Indah Tercantik di Dunia Pemandangan Alam Terbaru  

Subhanallah.. Betapa indahnya ciptaan Allah.. gambar pemandangan ni betul-betul memukau mata ina. Cantik sangat.. Ina memang suka pemandangan-pemandangan macam ni.. Bila tengok, sejuk je mata memandang.. Mesti lagi best kalau ina ada kat tempat tu. Tak dapat bayangkan macam mana nikmatnya.. 

Bye, assalamualaikum..