Friday, 23 May 2014

Bila exam

Hai assalamualaikum,


Selesai sudah Ina menjawab exam tadi. Alhamdulillah, Ina dapat jawab dengan tenang, paper geografi. Pada awalnya, Ina rasa kurang confident sebab Ina rasa macam mustahil lah, Ina boleh hafal peta, hafal tempat. Tapi, bila Ina dah usaha, usaha, usaha, alhamdulillah, Ina tak sangka yang Ina boleh jawab. Kalau ada rezeki, dapatlah A hendaknya.

Sekarang, dapatlah Ina menarik nafas lega memandangkan tadi, paper last Ina jawab. Walaupun cuma sekejap, tapi dapatlah Ina rehatkan mata, otak Ina, untuk beberapa hari. Rasa macam tak bernafas di minggu peperiksaan.

Sebenarnya, semuanya berpunca daripada Ina.

Seminggu sebelum exam....

Bila seminggu nak exam, baru lah nak terhegeh-hegeh macam lipas kudung mencari buku rujukan. Almari semua dipunggah. Buku yang dah berlipas, baru nak dibuka.

Bila dah buka buku. "Fuhhh". Bukan fuhh lega, tapi fuhh mengeluh. Baru lah perasan yang ada banyak benda nak kena baca. "Fuhh". Mengeluh sekali lagi bila menanda muka surat yang cikgu dah pesan suruh baca. Mujur cikgu baik-baik belaka, baik hati bagi klu-klu soalan. Kalau tidak, tak ke tercabut anak tekak nak membacanya.

Masa dah nak exam. Perkara biasa, kalau tidur lambat. Mak ayah confirm bangga "Hmm, sejuk perut ibu tengok kamu belajar sampai lewat malam". Itu kalau mak ayah yang tak kesah belajar last minute.

Kalau yang kesah, " Tu lah, ayah dah pesan. Kamu tak nak belajar. Degil. Bila suruh belajar, dikatanya alahh bukannya periksa esok. Tengok sekarang. Tangan baru nak capai buku". Kita pulak, dalam bilik, dah lah stress. Confirm dalam hati, terbakar semua api-api kesabaran.

Malam sebelum exam....

Masa esok nak exam. Berdebar-debar. Jantung rasa nak tercabut. Rasa nak terjun. Rasa nak menjerit. Semua rasa menggedik pula nak keluar masa tu. Sebab takut tak sempat habis baca. Maklumlah, sehari kadang-kadang 2 paper. Lagi-lagi, yang baru nak buka buku malam tu juga, aduhhh habislah. Dapatnya esok exam sejarah. Confirm tak lelap mata.

Bila pukul 10. Mata dah penat. Badan dah letih. Bahu dah sakit. Otak pun rasa nak pecah. Mulalah, katil memanggil-manggil, menyeru untuk 'landing' sebentar. Kononnya sekadar, merehatkan badan. Eh, tiba-tiba rasa nak tidur pula. Dah empuk. Dah nyaman. Buku, hilang tah ke mana.

Pagi exam...

Esok pagi. Kononnya bercadang nak bangun pukul 4 pagi. Nak sambung study. Tapi, apakan daya, alarm pun tak berupaya untuk kejutkan diri. Agaknya, kena letak ayam kat sebelah baru boleh bangun. Setakat bunyi alarm ayam tu, tak cukup.

Bila dah datang sekolah. Duduk dekat tapak perhimpunan. Masa tu, baru nak bukak beg, baru nak baca. Masa on the way nak masuk kelas, erat pegang buku. Bertembung dengan tiang, orang, batu, semuanya tak dipedulinya. Pegang je buku. Khusyuk. Kawan-kawan yang pandang mesti macam respect juga.

Masa exam.. 

Bila buka kertas, bismillahhirrahmanirrahim.. Soalan pertama, skip. Soalan kedua, skip. Rasa naik gila bila semua tak dapat jawab.

Dalam hati, " Nasib baik, soalan objektif". Mulalah, ambil pemadam. Dijadikannya pula dadu, Belakang, letak A, B dekat depan, kiri letak C, D letak kat kanan. Dilemparnya.

Ada yang setengah pula, baca surah al-fatihah, masa tu, jari sambil menuding bergilir-gilir pada A,B,C,D. Aminn... Jari tunjuk B. Dihitamkan bulatan B pada kertas OMR.

Lain orang, lain cara. Ada pulak yang dah ready awal-awal dengan kawan sebelah. Kawan sebelah pulak kautim. Kalau A, tunjuk penumbuk. Kalau B, tunjuk peace. Ha, dah macam bahasa isyarat dah. Bila nak exam, terus otak jadi kreatif.

Perkara biasa. Sebab dah pernah buat. Bukan Ina sorang. Mesti korang pun kan. ^^


Bye, assalamualaikum.