Monday, 17 November 2014

Ciri-ciri Perempuan Yang Lelaki Tak Suka

Assalamualaikum dan hai!

Setelah selesai tajuk Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka , tiba-tiba ina terfikir pulak nak share apa pula ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka? Ye lah, takkan perempuan je ada taste kan, lelaki pun mesti ada kan.

Mungkin anda semua pernah baca tentang entry yang berkenaan seperti ina di blog lain. Tetapi, kelainan untuk blog ina, ina 'interview' beberapa orang kawan-kawan lelaki ina sendiri. Punya lah tak malu kan ina ni. Hahaha salahkan semangat ina yang menggunung untuk buat entry ni.

Mungkin ada sesetengah pendapat yang mengatakan "Lelaki, semua nak cantik je". Kata-kata yang sering diperkatakan di setiap bibir perempuan kalau cakap tentang taste lelaki ni. Tetapi, apa kata kita tengok betul ke lelaki suka perempuan yang cantik je? Kita tengok jawapannya di akhir entry.

Antara ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka :

Terlalu sosial 
Majoriti lelaki yang ina tanya, ramai yang jawab mereka tak suka dengan perempuan yang terlalu sosial. "Kalau 24 jam nak layan laman-laman sosial tu takde benda ke lain ke nak buat". Memang mendalam betul ayat ni.

Hipokrit
Majoriti juga menunjukkan yang kebanyakan lelaki benci bila perempuan bersikap hipokrit. Lelaki sebenarnya lebih menyukai perempuan yang bersikap jujur. Contohnya, jika perempuan mahu pergi keluar bersama rakan-rakannya yang terdiri daripada lelaki, berterus-terang kepadanya. Tidak perlu mereka cerita yang anda ingin pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama rakan.

Mungkin tujuan perempuan adalah untuk mengelakkan lelaki itu daripada cemburu, tetapi hakikatnya, lelaki lebih sukakan sikap jujur dan tidak menipu. 

Pegangan agama yang tak kukuh
Kebanyakan lelaki menitikberatkan tentang hal agama. Contohnya, daripada aspek pemakaian. Kaum lelaki tidak suka perempuan yang berpakaian ketat dalam kata lain, lelaki lebih suka perempuan yang menutup aurat. Selain itu, kaum lelaki juga benci perempuan yang menutup aurat tetapi mempunyai kelakuan yang tidak baik seperti mencarut tentang perkara yang tidak sepatutnya.

Over sangat ketawa
Ina mengaku kebanyakan perempuan memang kadang-kadang tidak mampu untuk menahan ketawa. Jika sesuatu perkara tersebut sangat melucukan baginya, mulalah gelak terbahak-bahak sampai nak terbalik dunia, tanpa memikirkan mata-mata di sekelilingnya.

Sarcasm


Sarcasm atau kata lainnya menyindir. Lelaki tidak suka jika seseorang perempuan itu menyindir disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan. Bila perempuan menyindir sesorang lelaki itu, lelaki itu akan berbisik "Macam lah kau tak pernah buat".


Mesra dengan lelaki lain
Untuk wanita yang sudah mempunyai hubungan, lelaki beranggapan bahawa apabila seseorang perempuan itu rapat dengan seseorang lelaki, bermakna perempuan itu suka kepada lelaki tersebut. Lelaki akan bertanya kepada diri sendiri "Siapa aku di mata dia?" "Dia dah tak sayang aku lagi ke?"


Suka Pendam
Ada sesetengah lelaki menyatakan bahawa mereka kurang senang apabila bersama perempuan yang suka memendamkan perasaannya. Contohnya, apabila perempuan marahkan sesuatu, lelaki akan berharap bahawa perempuan itu, akan luahkan kepadanya.

Terlalu Mengongkong
Ada sesetengah pendapat berkata "cemburu tandanya sayang", tetapi kita kadangkala tidak sedar bahawa sikap cemburu inilah yang membawa kita sedikit sebanyak ke arah mengongkong, terutamanya perempuan.

Perempuan sepatutnya perlu faham bahawa lelaki mempunyai kehidupannya sendiri. Apabila perempuan terlalu mengongkong, lelaki akan mempersoalkan, "You are not my wife"- dalam hati je tak berani nak direct.

Gedik
Pada pendapat ina, perempuan gedik biasanya terdiri daripada perempuan yang cerewet. Bila dah cerewet, mula lah nak "Ewww awak ni". Eww sana, eww sini. Ina jadi perempuan pun rasa macam nak hentak dia jugak, apa lagi lelaki.

Banyak cakap
Beberapa orang lelaki yang ina interview mengatakan bahawa mereka tidak menyukai perempuan yang banyak cakap. Mereka merasakan perempuan lebih menarik dengan sikap malu dan lemah lembut.

Pemalas
Sikap pemalas ini sepatutnya memang tidak patut hadir dalam seseorang perempuan tu. Apabila seseorang perempuan itu malas, sudah tentunya lelaki akan beranggapan "Macam ni ke nak jadi wife aku, nak sidai kain pun malas. Ni kan lagi nak jaga anak-anak aku nanti".

-------------------------------------------------------------------------------------

Konklusinya, daripada hasil analisis ina, setiap lelaki mempunyai pandangan dan minat yang berbeza. Bergantung pada lelaki itu sendiri.

Namun begitu, betul ke yang lelaki suka perempuan yang cantik? Ina ajukan soalan ini kepada setiap lelaki yang ina tanya. Jom tengok apa jawapannya

Ina: Setuju tak kalau aku kata lelaki lebih sukakan perempuan cantik?

-Setuju. Lelaki memang menyukai perempuan yang cantik. Hal ini kerana mereka akan berpuas hati bahawa pasangannya lebih cantik daripada pasangan orang lain

-Setuju. Bergantung kepada lelaki itu sendiri

-Setuju. Semestinya lelaki sukakan perempuan yang cantik

-Setuju. Lelaki menyukai perempuan yang pandai menjaga keterampilannya. Tetapi, hati seseorang perempuan itu harus lah baik. Muka cantik, tetapi hati buruk baik tak payah. Yang penting hati. Muka kurang cantik tetapi hati baik pun okay. Sebenarnya, semua hamba Allah cantik.

-Tidak. Kebanyakan lelaki tengok pada perangai perempuan itu sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga entry ni. Ina ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi diinterview, dan tidak lupa juga kepada pembaca entry ni. Ina harap entry ina kali ina tiada mengguriskan hati sesiapa.

Yang paling penting dari wanita adalah kecantikan hatinya, kalau soal kecantikan fizikal, itu markah bonus -Tanwirul



18 comments:

  1. senang senang, just terima seadanya. hehehe ^^
    dan sama sama ubah ke arah yang lebih baik. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betul jugak tu.. haah.. jadi saling melengkapi antara satu sama lain..

      Delete
  2. kalau da sayang semua indah je,hehe

    ReplyDelete
  3. btl2. .tp ada je certain llaki yg sanggup terima. .haha :D

    ReplyDelete
  4. cantikla font title post tu.. berkenan..! malas nak edit dah blog.. btw masing2 ada sikap sendiri.. ada juga perempuan perangai sekian2 tapi lelaki sanggup ja terima sbb dah cinta..cinta kan buta? eehehhe.. hahha.. rajin ina interview kawan2 yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih ^^ hahah sama lah..ina pun sbnrnya dah malas dah nak edit blog.. ni pun edit ala kadar je hehe.. haah.. ada jugak.. hahaha betul betul! :p heeh kadang2 je datang rajin ni..

      Delete
  5. nice ! betul apa yang dikatakan tu..tapi different people different views kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you! :) yup, ina setuju tu..

      Delete
  6. mun org laki perangei mcm ya pun kita x suka juak. attitude negatif jauh2kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa haah.. ina pun sama.. hmm tu lah.. minta2 dijauhkan..

      Delete
  7. kacak koh bhgn kotak komen ktk tok. kmk x pandei molah mcm tok. kotak komen kmk pun simple ajak. tp kat blog ktk nang kiut

    ReplyDelete
  8. wow survey diaa... heheh. tapi majoritinya mmg itu lah sikap perempuan... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha :p yup.. memang kebanyakan yg lelaki tak suka memang sikap semula jadi perempuan :)

      Delete
  9. hai ina! eeee sweetnye blog ina ni. pinky2 gitu hehe
    haah betol2 kalo sifat2 kat atas tu, Ana yg prmpuan
    ni pon rasa x suka.. apa tah lag la kalo lelaki hehe

    meh la join 1st GA kat blog Ana hehe:
    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/11/nah-1st-giveaway-by-anamizu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiiii :D hehe terima kasih ye.. ina memang suka pink ni ^^ haah.. betul tu... lagi2 kalau bab2 gedik n cerewt ni.. memang erhh lah!

      insyaallah ina join nanti ^^

      Delete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)