Monday, 25 November 2013

Kenapa awak tak nak singgah ?

Assalamualaikum ,
 

Selamat pagi :D So, sementara otak Ina mash fresh lg ni, Ina nk kongsikan sikit tips kenapa Ina tak pergi blog seseorang tu.

Ina memang jenis yg suka berblogwalking. Lepas Ina berblogwalking, Ina akan follow blog orang tu. Ina akan tinggalkan jejak dekat chatbox diyorang. Kalau Ina rajin, Ina like fanpage, comment di entry diyorang and isi tabung nuff ( Hahhaa, baik tak? Jadi selalu selalu lah singgah blog Ina ye ^_^ *promote blog sendiri pulak*)

Tapi, ada beberapa sebab kenapa Ina dah pergi blog dia, tapi Ina tutup balik sebab Ina dok tunggu, tak habis jugak dia punya loading. ._.

  • Widget yang tak perlu
Bagi pendapat Ina,widget yg penting je korang boleh letakkan di sidebar.Salah satu contoh yg Ina boleh bagi ialah jam bergerak, bg makan ikan, Ina rasa tak perlu. Ina tahu korang baik hati, nak kasi visitor main dgn ikan-ikan tu, tapi disebabkan ikan tu lah blog korang jadi berat :(

  • Lagu
Bagi sesetengah visitor, dia tak suka bila ada lagu-lagu dalam blog ni. Try imagine, korang bukak youtube, dengar lagu. Bila korang berblogwalking, mesti lah bukak banyak tab kan. Cuba bayangkan, setiap blog yg korang bukak tu, ada lagu? Tak ke bunyinya dah berdouble2 ? So, dengan berat hati, kenalah dia tutup blog korang :( Dah rugi seorang visitor.

Bagi Ina, boleh letak lagu dalam blog. Tapi, make sure ada button pause. Ina letak lagu dalam blog Ina ni pun, sebab Ina takut visitor boring, diyorang pun nak dengar lagu jugak, kan ? Jadi, kalau ada lagu tu, macam bg feeling sikit. :p

  •  Lagu rancak sangat
Lebih kurang mcm yg atas tadi, tapi ni lain sikit. Lagu dia rancak sangat. Ina pernah kena ni. Ina tengah baca lah entry seorang blogger ni. Menyayat hati sangat. Rasa nak menangis pun ada ( ceh ayat lebih ) :p Tiba-tiba ada keluar lagu rancak-rancak, terkejut jahh. Jadi, secara automatik lagu tu boleh mematikan emosi visitor.

  •  Bestnya ada bunga-bunga dekat blog ni
Ina tahu, memang comel sangat, kalau blog kita ada bunga comel jatuh-jatuh. Lagi-lagi kalau warna dia, warna pink :3 Hehehe. Nampak cute gitu. Tapi, apa yg Ina nak pesan, bunga-bunga yg comel ni, boleh membuatkan blog korang berat. Nanti cursor lambat, semua jadi lambat. Bukan bunga-bunga je. Bagi Ina, snow dan hujan pun sama.

Okay, Ina rasa setakat ini je lah yg Ina nak tegur. Kalau korang semua tak setuju, tak pe. Ina tak kesah. Ina cuma bagi pendapat je. Ye lah, setiap orang, pemikirannya lain-lain. :)

Sebenarnya, ada banyak lagi sebab Ina tak singgah blog seseorang tu. Tapi, Ina rasa setakat ini sahaja lah Ina kongsikan kepada korang semua. Kalau ada kesempatan lain, Ina akan kongsikan lebih byk lagi, ye ^^

Bye. Assalamualaikum.
 




15 comments:

  1. yes sometimes what u saying exactly true ;)

    ReplyDelete
  2. akak malas bw bila mood malas akak datang...hihi...

    ReplyDelete
  3. Asma' pun rasa macam tu ,tapi bab lagu tu Asma' tak kira ,rancak ke tk .. pakai bedal je .. hahaha :D thanks sharing :D

    ReplyDelete
  4. akak tak..tak akan BW kt blog yg iklan penuh 1 blog smp nk tggl jejak kt cbox pon payah...rse geram jew.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. same la. akak pun malas nak singgah.. ada satu lagi jenis template tu. blogskin kot. bukan semua. ada sesetengah yg punya la susah nak carik entry kat mana, shoutbox kat mana. -.-''

    ReplyDelete
  6. @Nao Mei Hahahah ye ke ... Ina pun mcm tu, kadang2 ^^

    ReplyDelete
  7. Setuju.Part yang tak boleh tahan yang loading lambat.

    ReplyDelete
  8. yup! sokong semua yg Ina cakapkan tu.. Ija paling x suke kalau die letak widget ikan and hamster..nanti lambat load..

    ReplyDelete
  9. @Nur Farizah Lol. Betul tu.. Nasib baik lah, hamster tu comel :3

    ReplyDelete
  10. setuju! hehe :) saya pun tak suka letak ikan/hamster tu,hehe :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi komen dekat entri Ina :)